Walaupun dalam zaman moden ini kita lebih banyak menggunakan peralatan elektronik terutamanya komputer untuk menulis, kita masih tidak boleh melupakan alat menulis turun temurun seperti pen dan pensil. Bagi pen, jika dakwatya habis, kita mungkin boleh mengisinya semula dengan dakwat tetapi bagaimana pula dengan pensil?
Jika dahulu, bila pensil yang kita gunakan sudah pendek dan kita tidak pegang lagi dengan jari, kebanyakan kita akan memilih untuk membuangnya. Tetapi satu produk pensil terbaru keluaran Democratech membolehkan anda menanam pensil mereka dan melihatnya "tumbuh". Bagaimana ia boleh berlaku? Kerana di hujung pensil mereka telah diletakkan benih tumbuhan.
Buat masa ini, pensil ini datang dalam pelbagai versi seperti pensil yang diisi dengan benih basil dan tomato ceri.
Jika anda berminat untuk memiliki pensil ini, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Democratech