Dalam dunia kesusasteraan, Hadiah Nobel Sastera bolehlah dikira sebagai anugerah tertinggi yang boleh diterima oleh seorang penulis yang menyebabkan ianya sentiasa menjadi tumpuan pengemar-penggemar buku diseluruh dunia. Ramai penulis-penulis tersohor seperti Rudyard Kipling, Albert Camus dan Gabriel Garcia Marquez pernah menerima hadiah ini.
Namun begitu, Hadiah Nobel Sastera juga tidak dapat lari dari kontroversi. Ramai penulis-penulis tersohor yang dirasakan layak menerima Hadiah Nobel Sastera tetapi akhirnya tidak dipilih. Contohnya beberapa tahun kebelakangan ini, Philip Roth sering disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menerima hadiah ini tetapi beliau masih tidak menerima hadiah ini sehingga sekarang. Berikut adalah senarai beberapa lagi penulis tersohor yang tidak pernah menerima Hadiah Nobel Sastera.
Leo Tolstoy
Leo Tolstoy disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menerima Hadiah Nobel Sastera pada tahun 1901 tetapi akhirnya hadiah tersebut diberikan kepada Sully Prudhomme. Leo Tolstoy menyatakan beliau bersyukur kerana tidak dipilih. Beliau menyatakan beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakan duit hadiah yang akan diterimanya jika beliau dipilih menerima hadiah ini.
James Joyce
Siapa boleh menafikan kehebatan novel-novel tulisan James Joyce terutamanya novel Ulysses. Tetapi agak pelik kerana tiada siapa pernah terfikir untuk mencalonkan beliau untuk Hadiah Nobel Sastera.
Virginia Woolf
Hanya 13 orang penulis wanita pernah menerima Hadiah Nobel Sastera tetapi malangnya penulis modernis yang cukup hebat ini bukan salah seorang daripada mereka.
Jorge Luis Borges
Ada cakap-cakap yang menyatakan bahawa Borges tidak dicalonkan untuk Hadiah Nobel Sastera kerana kecenderungan beliau terhadap diktator-diktator terkenal seperti Pinochet, Franco dan Videla.
Chinua Achebe
Akedemi Swedish sering dikritik kerana sering memilih penulis-penulis dari Eropah. Hanya 4 orang penulis dari Afrika yang pernah menerima Hadiah Nobel Sastera dan sudah tentunya Achebe bukan salah seorang daripada mereka.
Untuk lihat senarai penulis-penulis tersohor lain yang tidak pernah menerima Hadiah Nobel Sastera, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Telegraph