Sebelum ini kita telahpun melihat perpustakaan teksi, perpustakaan van dan perpustakaan rakit; kali ini kita akan melihat sebuah lagi perpustakaan yang agak unik iaitu Perpustakaan Basikal.
Perpustakaan yang diasaskan Laura Moulton ini mula beroperasi pada tahun 2011 di Oregon, Amerika dan berfungsi seperti perpustakaan biasa. Setiap peminjam akan diberikan kad pinjaman tetapi mereka tidak perlu menyatakan alamat tempat tinggal mereka ataupun identiti sebenar mereka. Sejak perpustakaan basikal ini mula beroperasi, ia telah meminjamkan beribu buah buku dari pelbagai genre dan judul.
Perpustakaan basikal ini juga mempunyai tiga orang pustakawan termasuk yang dibayar gaji 60 dollar setiap minggu.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik di pautan INI .
***