Perpustakaan Vatican yang ditubuhkan pada tahun 1451 menyimpan koleksi lebih 180,000 manuskrip, 1.6 juta buku dan 150,000 gambar dan lukisan. Selaras dengan perkembangan teknologi, Digita Vaticana Oculus telah ditubuhkan pada tahun lepas dengan tujuan untuk mengumpul dana derma bagi mewujudkan versi digital 80,000 manuskrip-manuskrip tersebut atau dalam erti kata lain mendigitalkan 41 juta mukasurat.
![]() |
Versi dwi-bahasa Iliad dalam bahasa Greek dan terjemahan Latin |
Syarikat IT dari Jepun iaitu NTT DATA Corp telah dipilih untuk menerima kontrak selama empat tahun bernilai 23 juta dollar untuk mendigitalkan 3000 manuskrip yang berjumlah 1.5 juta mukasurat. 500 manuskrip pertama yang telah didigitalkan tersebut termasuk 600 incunabula (buku atau pamplet yang dicetak sebelum kurun ke 15) kini boleh dilihat dilaman sesawang Biblioca Apostolica Vaticana.
![]() |
Koleksi 73 cebisan kufi Al-Quran dalam simpanan perpustakaan Vatican |
Projek digital ini dijangkan mengambil masa 15 tahun untuk diselesaikan dan dikatakan keseluruhan data yang bakal didigitalkan ini adalah sebanyak 45 kuadrilion bait.
![]() |
Ilustrasi Divine Comedy oleh Sandro Botticelli |
Projek ini sebenarnya amat bermanafaat kepada masyarakat umum kerana bukan mudah untuk mengunjungi perpustakaan Vatican. Pada masa kini, perpustakaan Vatican hanya membenarkan mereka-mereka yang ingin melakukan kajian sahaja masuk kedalamnya dan hanya 200 orang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa.
***
Sumber: Business Insider
Sumber gambar: Biblioca Apostolica Vaticana