Tidak berapa lama dahulu, majalah Intelligent Life telah meminta arkitek dari empat buah syarikat untuk membuat rekaan kedai buku idaman mereka. Empat syarikat tersebut adalah Gensler, 20.20, Burdifilek dan Coffey Architects. Walaubagaimanapun, mereka diminta untuk mematuhi beberapa peraturan dalam membuat rekaan kedai buku idaman mereka.
Antara peraturan yang diberikan adalah kos untuk membina kedai buku tersebut mestilah tidak lebih daripada £100,000 (RM530,000) dan kedai buku tersebut mestilah menjual buku-buku fiksyen, bukan fiksyen, buku elektronik dan juga buku yang dijual secara atas talian. berikut adalah antara rekaan yang dikemukakan:
Gensler
Mengikut Gensler, rekaan kedai buku ini menampilkan cermin-cermin kaca yang boleh bertindak sebagai cermin sesentuh dimana pelanggan boleh digunakan untuk memuat turun buku-buku elektronik dari pelbagai sumber.
Burdifilek
Menurut Budifilek, buku-buku terbaru akan dipamerkan diatas meja (menurut Burdifilek, ia lebih kepada sebuah ukiran berbanding sebuah meja). Seperti rekaan Gensler, kedai buku ini turut dilengkapi dengan cermin sesentuh untuk pelanggan melayari buku-buku yang terdapat didalam kedai ini.
Tetapi benarlah seperti kata arkitek di Gensler, hanya bergantung kepada rekaan senibina yang cantik sahaja tidak mampu menyelamatkan sesebuah kedai buku.
***
Sumber: Intelligent Life