Pada zaman sekarang, memiliki sebuah rumah bukan lagi satu perkara yang mudah. Dengan harga sebuah rumah yang kebanyakannya mencecah hampir setengah juta ringgit terutamanya dibandar-bandar besar, ia mungkin menjadi satu impian yang sukar dicapai. Bagi yang baru memulakan hidup dialam pekerjaan, mereka mungkin terpaksa menanti bertahun-tahun sebelum dapat membeli sebuah rumah. Hal ini bukan berlaku di negara kita sahaja, malah berlaku di kebanyakan negara maju dan membangun. Jadi adakah wujud sebarang solusi atau penyelesaian terhadap permasalahan ini? Penyelesaian paling mudah sudah tentunya berpindah keluar bandar yang mana harga rumah masih murah disamping mengharapkan pihak-pihak bertanggungjawab untuk mengurangkan harga rumah. Tetapi jika anda seorang yang berjiwa kental, anda boleh juga memilih hidup di RUMAH NOMAD.
Di Amerika, hidup di rumah nomad atau rumah bergerak bukanlah satu perkara yang luar biasa. Kenyataan ini turut disokong dengan terbitnya buku terbaru berjudul Tiny Homes On The Move hasil tulisan Llyod Kahn. Buku ini menampilkan 90 rekaan rumah nomad yang diubasuai dari bas, van, bot atau apa saja yang boleh diubahsuai.
Tetapi anda tidak boleh tersalah anggap bahawa mereka yang memilih hidup dirumah nomad ini adalah dikalangan mereka yang kurang berkemampuan. Ada juga yang memilih cara hidup sebegini kerana mahukan kehidupan yang lebih mudah. Malah penulis buku ini sendiri sebenarnya seorang pekerja di lapangan korporat sebelum memutuskan untuk berhenti kerja tiga tahun dahulu dan memilih untuk tinggal di rumah nomad yang membolehkannya mengembara ke tempat-tempat kesukaannya seperti ke pantai untuk bermain luncur ombak.
Dapatkan segera buku ini jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep rumah nomad yang begitu menarik ini.
***
Sumber: BoingBoing