Lima puluh tahun yang lalu, pada 22hb Oktober 1964, Hadiah Nobel Sastera telah dianugerahkan kepada novelis eksistensialis dan ahli falsafah, Jean Paul-Sartre tetapi Sartre dengan serta-merta, dan sopan, menolak hadiah tersebut. Sebab Sartre enggan menerima hadiah tersebut patut dirujuk semula terutamanya dalam keadaan bagaimana penerima hadiah tersebut dipilih masa kini dan kenapa hadiah tersebut begitu diidam-idamkan.
Sartre tidak berminat untuk mencipta skandal. Beliau menulis "saya tidak sedar ketika itu Hadiah Nobel diberikan tanpa mendapatkan maklum balas daripada penerimanya terlebih dahulu dan saya percaya ketika itu adalah masanya untuk menghalang perkara ini berlaku. Tetapi saya baru mengerti bahawa Akademi Swedish tidak boleh membatalkan keputusan yang telah dibuatnya." Walaubagaimanapun, memandangkan keputusan tersebut telahpun diketahui umum, beliau sudah tentunya perlu memberikan penjelasan: "Saya sentiasa menolak apa-apa anugerah rasmi yang diberikan kepada saya. Pada 1945, selepas perang, saya ditawarkan anugerah Legion of Honour. Saya menolaknya walaupun saya bersimpati dengan kerajaan ketika itu. Pada masa yang sama juga, saya tidak pernah berminat untuk masuk ke Collège de France sepertimana yang dikatakan oleh beberapa orang sahabat saya."
Beliau seterusnya menambah: "sikap saya ini adalah berdasarkan konsepsi saya tentang apa yang disampaikan oleh seseorang penulis. Penulis yang memiliki pandangan politikal, sosial atau sastera perlu bertindak hanya dalam ruangnya sendiri iaitu melalui penulisan. Apa saja anugerah yang diterimanya mungkin akan mendedahkan pembaca-pembaca tulisannya kepada situasi yang menekan dan saya rasakan ia sesuatu yang tidak patut berlaku. Jika saya menandatangan nama saya dengan perkataan "Jean-Paul Sartre," ia tidak sama dengan menandatangan nama saya dengan perkataan "Jean-Paul Sartre, Penerima Hadiah Nobel Sastera." Penulis yang menerima hadiah seperti ini akan melibatkan dirinya dengan insitusi atau pertubuhan yang memberikan penghormatan kepadanya. Simpati saya terhadap revolusionis Venezuela hanya melibatkan diri saya sahaja tetapi jika Jean-Paul Sartre si Penerima Hadiah Nobel Sastera menyokong revolusionis ini, maka ia turut melibatkan keseluruhan institusi Hadiah Nobel. Justeru itu, seseorang penulis perlu menghalang dirinya diubah menjadi satu institusi walaupun ianya berlaku dalam bentuk yang penuh dengan penghormatan seperti situasi yang berlaku ketika ini."
Tetapi sebab-sebab yang dinyatakan oleh Sartre ini tidak juga sepenuhnya bersifat peribadi. Sartre menyatakan tentang bagaimana hadiah Nobel telah digunakan untuk mempromosi nilai-nilai "Barat". Menjadi seorang penulis yang hebat sahaja tidak cukup kerana seorang penulis kelihatan seperti perlu juga berada di pihak yang "betul" terutamanya ketika era perang dingin dan beliau menyatakan ramai penulis hebat yang dilupakan atas sebab-sebab ini. Sartre menulis: "Saya tahu bahawa Hadiah Nobel bukanlah hadiah sastera blok Barat tetapi ia berasal dari situ dan banyak perkara yang berlaku diluar lingkungan wilayah ahli-ahli Akademi Swedish."
Hadiah besar seperti ini mempunyai kecenderungan untuk mengiktiraf seseorang kerana berada di pihak yang "betul" dan bukannya untuk mengiktiraf seseorang atas sumbangannya terhadap sesuatu bidang dan ia masih berterusan sehingga ke hari ini dan contoh paling jelas adalah Hadiah Nobel Keamanan (yang mana penerimanya dipilih oleh jawatankuasa parlimen Norway). Sebagai contoh, penerima bersama Hadiah Nobel Keamanan tahun ini adalah Malala Yousafzai, seorang anak muda Pakistan yang berkempen untuk hak-hak wanita. Tidak kira apapun kualiti peribadi yang ada pada Malala, dia diraikan di barat kerana mewakili nilai-nilai barat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Tara McCormack sebelum ini dalam Spiked: "Dengan memilih Malala, ia membolehkan ahli-ahli politik barat menggunakan posisi moral dengan mudah apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Pakistan dan Taliban."
Hadiah yang diberikan sebelum ini juga boleh dipersoalkan. Pada tahun 2009, Hadiah Nobel Keamanan telah diberikan kepada Barack Obama hanya selepas lapan bulan dia memegang jawatan presiden Amerika walaupun dia tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang signifikan sebelum itu dan tiada siapa pernah ambil peduli dengan tindakan-tindakan agresif yang diambilnya terhadap negara-negara luar selepas itu. Dua tahun lepas pula, Hadiah Nobel Keamanan diberikan kepada Kesatuan Negara-Negara Eropah yang mana kelihatan agak pelik bagi sebuah institusi yang memaksa beberapa ahli-ahlinya untuk berjimat-cermat dan sekarang pula mempercepatkan berlakunya krisis di Ukraine.

Antra kesemua penerima, mungkin penerima yang paling memalukan adalah Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (Intergovernmental Panel on Climate Change atau IPCC) dan bekas naib presiden Amerika, Al Gore. Ini bukan sahaja penghargaan elitis sesama mereka sendiri, malah sejak daripada itu kesemua individu penting dalam IPCC mengaku mereka adalah secara peribadinya penerima Hadiah Nobel walaupun pemegang amanah Nobel meminta mereka untuk tidak berbuat sedemikian. Mereka begitu jelas cuba menggunakan prestij nama Nobel - yang diakui memang bernilai dalam bidang-bidang lain - untuk kepentingan agenda politik mereka sendiri.
Skeptik Sartre terhadap hadiah-hadiah rasmi seperti itu boleh difahami. Ia sebenarnya tidak membantu untuk menjana apa-apa penemuan saintifik, penciptaan artistik atau mempromosi keamanan seperti yang diwar-warkannya. Sebaliknya, ia hanya untuk mengukuhkan pandangan politik orang-orang yang menganugerahkan hadiah tersebut.
***
Ini merupakan terjemahan artikel tulisan Rob Lyons yang diterbitkan oleh Spiked pada 22hb Oktober 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI