Seperti yang kita sedia maklum, beberapa hari yang lalu seorang pelancong Amerika bernama David Willis terperangkap didalam salah sebuah cawangan kedai buku Waterstones di London. Walaupun kejadian tersebut menimbulkan sedikit kekecohan terutamanya selepas David Willis mengadu tentang kejadian yang menimpanya dilaman Twitter, Waterstones mengendalikannya dengan tenang malah dengan penuh humor.
Buktinya, Waterstones dengan kerjasama AirBnB telah membuat tawaran kepada orang ramai untuk bermalam di cawangan kedai buku mereka yang terletak di Piccadilly dimana ia akan berlangsung pada malam 24hb Oktober 2014 (waktu England).
Justeru itu, mari kita sama-sama nantikan apakah pengalaman mereka yang terpilih untuk bermalam dikedai buku ini.
***