Hadiah Nobel Sastera memang tidak dinafikan antara hadiah paling beprestij dalam dunia kesusasteraan yang sering menjadi tumpuan. Namun begitu, mungkin ada beberapa perkara mengenai hadiah ini yang mungkin tidak disedari oleh ramai orang. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Hadiah Nobel Sastera yang mungkin tidak diketahui ramai.
- Umur purata penerima Hadiah Nobel Sastera adalah 64.3 tahun.
- Penerima Hadiah Nobel Sastera paling tua adalah Doris Lessing (88 tahun) dan paling muda adalah Rudyard Kipling (42 tahun)
- Perancis adalah negara yang melahirkan paling ramai penerima Hadiah Nobel Sastera iaitu seramai 14 orang diikuti Amerika Syarikat dan Britain (11 orang) dan Jerman (8 orang).
- Erik Axel Karlfeldt adalah satu-satunya penulis yang menerima Hadiah Nobel Sastera selepas beliau meninggal dunia.
- Hanya terdapat dua orang penulis yang menolak untuk menerima Hadiah Nobel Sastera iaitu Boris Pasternak dan Jean-Paul Sartre.
- Daripada 111 orang penerima Hadiah Nobel Sastera, seramai 12 orang berketurunan Yahudi.
Untuk baca trivia-trivia lain, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Book Riot