Peminat-peminat George Orwell mungkin akan berasa agak teruja kerana dilaporkan novel distopian klasik tulisan George Orwell iaitu 1984 bakal diadaptasi ke filem oleh pengarah filem Paul Greengrass. Scott Rudin dikatakan bakal menjadi penerbit filem bersama Gina Rosenblum manakala James Graham yang pernah terlibat dalam musikal Finding Neverland bakal bertindak sebagai penulis skrip. Memandangkan projek ini masih dalam peringkat awal, masih belum ada pelakon yang dipilih untuk memegang mana-mana watak.
Novel 1984 pernah diadaptasi ke filem sebelum ini oleh Michael Radford di mana pelakon John Hurt telah dipilih untuk memegang watak Winston Smith.
***
Sumber: Hollywood Reporter