Sepanjang saudara @sufianabas bertugas sebagai kurator @twt_buku minggu ke #71, beliau sempat menjalankan sesi temuramah/sembang santai bersama beberapa individu dan salah seorangnya adalah Ana Raffali (@anaraffali). Baru-baru ini, Ana Raffali telah menerbitkan sebuah buku himpunan puisi beliau yang diberi judul 24 Minggu. Saudara @sufianabas berkesempatan menemuramah Ana Raffali berkenaan koleksi puisi yang beliau telah terbitkan.
Berikut adalah soroton temuramah tersebut untuk rujukan bersama (temuramah disalin secara verbatim dari susur masa @twt_buku dan boleh dicari melalui hashtag #ssana)
@twt_buku: dah sedia? Dah sound check?
@anaraffali: go!
@twt_buku: tadi kita berbual tentang penulis dan pengaruh mereka pada karya. Pdpt saudari, apakah Ana Raffali ada dalam #24minggu?
@anaraffali: fuh, mula2 dah bagi soalan berat.
@twt_buku: Hahaha. Kalau lambat-lambat satgi ramai tertidur :)
@anaraffali: sy rasa bergantung pada jenis karya yang cuba disampaikan. Kalau naratif, sy mahu dunia yg dibaca berdiri sbg realiti sendiri
@twt_buku: Tapi susuk Ana yang dikenali, seorang figura awam, yang dikenali ramai, mungkin menyukarkan? Atau tidak?
@anaraffali: penulis hanya penyampai realiti yang mungkin atau tak pernah wujud, jadi identitinya tak relevan dlm dunia itu sbb itu bergantung pd karya. #24minggu coretan puisi yg fiksyen, tp penulisannya tak lari dgn lirik yg sy pernah tulis
@twt_buku: Betul, tapi andaikan #24minggu ditulis seorang lelaki dan dia membenci perempuan, apakah pembacaan kita akan berubah? Atau andaikan lelaki itu sebenarnya Ana sendiri, apakah Ana rasa niat (intention) karya Ana akan sampai? Atau apakah niat penulis juga tak penting?
@anaraffali: cabaran zaman internet ialah kita bebas menggugel maklumat ttg penulis sebelum atau ketika membaca tulisannya sedikit sebanyak mungkin akan pengaruh kita utk mencari penulis di dalam realiti yg cuba disampaikan
@twt_buku: Dan mungkin akan merubah lapisan makna karya?
@anaraffali: secara peribadi, ketika membaca novel sy letak identiti penulis ke tepi, baca karya tersebut seperti sy cuba fahami satu individu embaca selalunya cuba untuk selesaikan masalah dari awal berbekalkan setiap klu/hint yg ditemui, kita mudah menghakimi
@twt_buku: Betul. Mungkin sebab itulah Foucault menyarankan setahun di mana semua penulis anonymous. Supaya karya boleh hidup sendiri. Jadi, bila unsur penulis dimasukkan, ia hanya satu lapisan makna kepada 'individu' itu?
@anaraffali: atas interpretasi pembaca, buku sama yg dibaca, isi yg ditelan & dihadam berbeza berdasarkan apa yg dikutip oleh minda sbg penting
@twt_buku: Macamana feedback #24minggu?
@anaraffali: harap org tak fikir #24minggu sbg biografi, sbg penulis sy wujudkan realiti alternatif yg bersentuhan dgn dunia kita tp tak sama
@twt_buku: Tapi ada tak pembaca yang beranggapan macam tu?
@anaraffali: tak mustahil. Tapi itu tak penting. Yg penting pembaca dapat berkongsi rasa/idea yg sy cuba sampaikan.
@twt_buku: Jika sebaliknya pula? Bila penulis tak seperti yang dibayangkan oleh karya?
@anaraffali: bukan ini memang banyak berlaku ke? Ilusi kita diranapkan oleh realiti. Haha..
@twt_buku: Tapi kalau macam Ana yang sudah ada persona publik, rasanya tak ada sangat masalah ni, kan? Pernah rasa nak tulis anonymously?
@anaraffali: tak pernah, bukan sbb mahu org kenal kita, tp sbb taknak menyorok belakang tanpanama, nak bertanggungjawab atas karya
@twt_buku: Soalan orang: @anaraffali Macamana bezakan penulisan lirik, dan tulisan puisi?
@anaraffali: penulisan lirik harus disesuaikan dengan ritma melodi. Puisi kita bebas membentuk ritma sendiri.
@twt_buku: Soalan orang: @anaraffali saya tertarik dengan eksperimen bentuk yg ana cuba. Ada sebab tertentu?
@anaraffali: sy minat puisi yg visual dari segi kata2, eksperimen bentuk setakat memperkukuhkan lagi apa yg tertulis pada kertas.
@twt_buku: Soalan orang:@anaraffali tak berminat untuk jadikan naratif sajak itu prosa?
@anaraffali: berminat juga tapi cabaran masa harus diatasi dahulu
@twt_buku: Dah dekat 6 bulan #24minggu keluar. Apa perasaan bila membeleknya balik?
@anaraffali: sy hanya baca perkongsian pembaca di laman sosial, (sila ke anaraffali.com utk kompilasi #24minggu ) sedikit terharu & 

@twt_buku: Ok, terima kasih kerana meluangkan masa dengan kami. Ada kata-kata akhir? Dan bila album nak siaaaapppp niiiii?
@anaraffali: InsyaAllah album terbaru diinspirasikan sepenuhnya oleh #24minggu & sedang giat disiapkan. Boleh dgr lagu terbaru d #Eksotikata ;)
***
Himpunan puisi 24 Minggu tulisan Ana Raffali boleh dibeli secara atas talian dilaman sesawang Selut Press atau dapatkannya dikedai-kedai buku berhampiran anda.