Gabriel Garcia Marquez yang meninggal dunia pada bulan April lepas ketika usianya 87 tahun merupakan pengkritik keras imperialisme Amerika dan pernah diharamkan masuk ke Amerika berdekad lamanya.
Tetapi Marquez dan Amerika akhirnya berdamai kerana Harry Ransom Center di Universiti Texas mengumumkan mereka telahpun berjaya memperolehi arkib Gabriel Garcia Marquez yang mengandungi manuksrip, buku nota, album foto, surat dan barang-barang peribadi beliau termasuk mesin taip dan komputer peribadi. Arkib Gabriel Garcia Marquez akan dipelihara bersama arkib penulis tersohor lain seperti James Joyce, Ernest Hemingway, William Faulkner dan Jorge Luis Borges.

Arkib yang diperolehi daripada keluarga Marquez ini turut mengandungi bahan-bahan penting berkaitan novel-novel penting beliau terutamanya Cien años de soledad. Walaubagaimanapun keluarga Marquez enggan mendedahkan berapakah jumlah bayaran yang diterima daripada Harry Ransom Center bagi mendapatkan arkib ini.
***
Sumber: New York Times