Ibu-bapa saya sering memberitahu saya bahawa kota New York adalah untuk mereka yang sangat kaya dan mereka yang masih muda. Mereka yang sangat kaya boleh mengambil manafaat dari kemewahan yang terdapat di kota ini dan mereka yang masih muda pula mampu berhadapan dengan segala kesukarannya. Kota New York adalah kota yang menawarkan segala-galanya tetapi jika kamu tidak mampu untuk mendapatkan apa-apa darinya, maka ia adalah kota yang memerlukan banyak pengorbanan.
Menjadi orang muda di kota ini bermakna menjadi seorang yang miskin dan menjadi miskin bermakna kamu perlu banyak berkorban - pilihan dan keputusan yang perlu dibuat, duit yang perlu dibelanjakan, pangsapuri yang teruk, wain yang tidak sedap, duit belanja yang sedikit - Setiap hari adalah koleksi pengorbanan-pengorbanan kecil.
Apa yang kamu terpaksa korbankan dan apa yang belanjakan menggunakan duit kamu mula memaknai hidup kamu. Hidup kamu tiba-tiba ditentukan melalui sebanyak mana kamu berjimat dan sebanyak kamu berbelanja.
Selepas kamu membayar sewa tempat tinggal, kamu ada hanya sedikit wang yang boleh dibelanjakan untuk benda-benda yang kamu pandang remeh ketika kamu masih ditanggung oleh ibu-bapa kamu. Jadi, kamu terpaksa memilih bagaimana kamu membelanjakan wang kamu yang sedikit itu dan selalunya kamu akan membelanjakannya dengan membeli barang-barang keperluan utama dalam hidup kamu.
Untuk saya, buku telah menjadi keperluan utama sama seperti makanan menjadi keperluan utama dalam hidup saya. Sepertimana saya perlu minum dan makan, saya perlu juga membaca dan membelek buku di kedai buku terpakai. Sepertimana saya perlu memberi badan saya makanan, saya juga perlu memberikan makanan untuk otak saya. Sebab saya perlu membaca sama seperti sebab saya perlu makan. Jadi saya tidak akan membazir.
Hidup di kota yang mempunyai kebolehan untuk mengambil semua tenaga kamu dan menyebabkan kamu lapar, saya mendapati buku memberikan saya tenaga dengan cara berbeza dari makanan, dan ianya mengenyangkan saya pada masa-masa sukar saya.
Buku telah menjadi penyelamat saya. Ia seperti roti lebihan dan pencuci mulut enak yang saya sentiasa boleh makan. Ia telah menjadi bekalan hidup saya, kelegaan saya dan menjadi masa kesukaan dalam hari saya. Saya mendapati diri saya menginginkan bahan bacaan yang bagus sama seperti saya menginginkan air. Haus, muram dan lesu sehinggalah saya dapat menghilangkan dahaga saya.
Minat kita adalah makanan kita. Ia adalah benda yang kita suka yang meresap kedalam kehidupan kita dan menjadi sebahagian daripada kita seperti biji-bijian dan protein yang kita hadam. Apa yang membentuk DNA kita adalah koleksi-koleksi mukasurat, karekter-kareter dan anekdot. Buku menjadi makanan kita selepas lama kita selesai makan malam dan memakan pencuci mulut.
Bukulah yang mengenyangkan kita dan membuatkan kita terus mahukan ia lagi. Itu adalah kenapa saya selalu memilih membaca buku yang bagus disaat-saat sukar saya kerana ia memberi saya lebih banyak tenaga.
Makanan adalah untuk hidup, buku pula untuk kehidupan.
Makanan memuaskan nafsu, buku melegakan kelaparan.
Makanan mengandungi nutrien, buku mengandungi anekdot, pengajaran dan kebenaran.
Makanan mengisi perut, buku mengisi jiwa.
Makanan membuat kamu hidup, buku membuatkan kamu mahu hidup.
Makanan adalah untuk kekuatan, buku adalah untuk keberanian.
Makanan turun melalui perut, buku turun dari generasi ke generasi.
Makanan menjadi basi, buku tidak pernah menjadi tua.
Makanan hanya untuk masa lapar, buku untuk apa saja perkara.
Makanan disimpan di dapur, buku disimpan dimana-mana sahaja.
Makanan disediakan, buku dicipta.
Makan dengan banyak menjadikan kamu sakit, membaca dengan banyak menjadikan kamu bijak.
Makanan habis dengan cepat, buku pula mengenyangkan kamu dengan lama.
Makanan untuk sesiapa sahaja, buku hanya untuk pembacanya.
Makanan dihadam, buku diresap.
Makanan adalah organik, buku adalah tulen.
Makanan adalah tentang kalorinya, buku adalah tentang ayat-ayat yang sempurna.
Makanan boleh habis, buku akan bertahan berkurun-kurun lamanya.
Makanan boleh meracuni, buku boleh memulihkan.
Makanan untuk mengenyangkan diri kamu, buku untuk membuka diri kamu.
Makanan dilupakan, buku tidak pernah meninggalkan fikiran.
Makanan diproses, buku adalah semulajadi.
Makanan adalah untuk orang yang hidup, buku adalah untuk orang yang bersemangat.
Makanan adalah untuk hidup, buku adalah untuk pembebasan hidup.
Makanan adalah untuk makan tengahari, buku adalah untuk waktu petang.
***
Ini adalah terjemahan artikel tulisan Lauren Martin yang diterbitkan oleh Elite Daily pada 11 April 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI