Bolehkah anda bayangkan dakwat yang diperbuat daripada air liur, air kencing atau air mani? Anda mungkin tidak menyangka bahawa bahan-bahan ini pernah digunakan sebagai dakwat untuk menulis surat-surat "rahsia".
Didalam buku terbaru tulisan Kristie MacRakis bertajuk Prisoners, Lovers, and Spies: The Story of Invisible Ink From Herodatus to al-Qaeda, beliau menerangkan secara panjang lebar tentang dan asal-usul penggunaan dakwat "halimunan" yang dikenali sebagai penulisan steganografi iaitu penulisan mesej-mesej rahsia dan tersembunyi. Penggunaan teknik tulisan steganografi ini menurut Kristie Macrakis berakar umbi dari peperangan. Ketika pemerintah Greek yang zalim bernama Histiaeus ingin memberontak terhadap empayar Persia, beliau telah mengarahkan supaya mesej-mesej tersembunyi ditatu pada kulit kepala hamba yang telah dibotakkan. Selepas rambutnya tumbuh semula, hamba ini akan dihantar untuk menyampaikan mesej rahsia tersebut dan tiada seorang pun yang menyangka mesej tersebut telah ditatu pada kepalanya.
Ketika perang dunia pertama, dakwat halimunan masih digunakan walaupun terdapat teknologi lain yang lebih terkini. Ramai pengintip masih bergantung kepada teknik penggunaan dakwat halimunan yang lebih kuno seperti menggunakan pati dari buah lemon. Cabaran yang dihadapi untuk merungkai surat-surat yang mengandungi mesej rahsia seperti ini bukanlah untuk mengetahui apakah mesej yang ditulis, sebaliknya adalah untuk mengesan surat manakah yang mengandungi mesej rahsia ini. Justeru itu, banyak negara mula mencari-cari cara bagaimana untuk memintas surat-surat yang mengandungi mesej rahsia ini. Kerajaan British contohnya mewujudkan satu program pemantauan dan pejabat-pejabat khas untuk mengendalikan surat-surat seperti ini.
Bahan yang digunakan untuk menulis mesej-mesej rahsia ini juga mula berkembang ketika itu dimana pelbagai bahan dicuba untuk menentukan apakah bahan terbaik yang boleh digunakan untuk menulis mesej rahsia. Seorang pengintip British pernah menyatakan bahawa dakwat terbaik yang boleh digunakan adalah dari air mani.
Pada hari ni, tulisan steganografi jarang digunakan kerana ia telah digantikan dengan teknologi yang lebih canggih. Pada masa kini, teknik tulisan steganografi hanya digunakan sebagai eksperimen di sekolah rendah ataupun oleh ahli silap mata dan juga mereka yang tidak mempunyai akses kepada teknologi sepertimana yang dilakukan oleh Aryan Brotherhood pada tahun 1997 dimana mereka menggunakan dakwat yang diperbuat daripada air kencing dan jus limau untuk memberitahu tentang pembunuhan dua individu di penjara. Pada tahun 2011 juga, pakar forensik dari Jerman turut berjaya mengesahkan hipotesis bahawa Al Qaeda menyembunyikan rancangan mereka untuk melakukan dengan menulis mesej-mesej rahsia didalam gambar-gambar lucah yang dipaparkan di internet dengan cara meletakkan mesej-mesej mereka di kod paparan gambar tersebut.
Dengan penggunaan internet yang begitu meluas ketika ini, memang sukar untuk merungkai mesej-mesej rahsia ini. Memang tiada jalan untuk menanganinya kecuali dengan mengumpul kesemua maklumat yang boleh diperolehi setiap masa.
Dengan penggunaan internet yang begitu meluas ketika ini, memang sukar untuk merungkai mesej-mesej rahsia ini. Memang tiada jalan untuk menanganinya kecuali dengan mengumpul kesemua maklumat yang boleh diperolehi setiap masa.
***
Artikel ini adalah terjemahan ringkas ulasan buku Prisoners, Lovers, and Spies: The Story of Invisible Ink from Herodotus to al-Qaeda