Buku folio pertama drama pentas Shakespeare memang sangat sukar dijumpai yang sudah tentunya membuatkan ianya bernilai begitu tinggi. Kini satu lagi folio ditemui di sebuah perpustakaan kecil di utara Perancis yang seterusnya menjadikan jumlah buku folio pertama Shakespeare kini sebanyak 233 buah.
Menurut Eric Rasmussen yang telah datang ke Perancis untuk memeriksa buku folio terbaru ini, beliau menyatakan folio terbaru ini antara buku folio yang berada dalam keadaan paling baik kerana biasanya folio yang dijumpai berada dalam keadaan yang agak menyedihkan.
Buku folio ini dtemui ketika pustakawan perpustakaan awam di St Omer berdekatan Calais sedang menyemak koleksi dalam simpanan mereka untuk satu pameran berkaitan sastera dalam bahasa Inggeris. St Omer juga sebenarnya memiliki senaskah Gutenberg Bible yang diketahui hanya terdapat 50 salinan sahaja di dunia ketika ini.
Buku folio pertama sebegini dianggap begitu bernilai atas sebab tiada manuskrip drama pentas Shakespeare yang masih wujud di dunia ini dan buku folio ini dianggap sumber paling dekat dan terawal yang mempunyai kaitan dengan drama pentas Shakespeare.
***
Sumber: New York Times