Selepas berdekad tentera yang memerintah Myanmar menapis pelbagai buku, rakyat Myanmar boleh kembali gembira kerana mereka bakal mendapat semula buku dan perpustakaan. Ketika era pemerintahan tentera, perpustakaan di Myanmar langsung tidak dijaga dan diperdulikan dan hampir 90 peratus buku adalah buku yang berbentuk keagamaan.
Selepas kejatuhan kerajaan tentera di Myanmar, negara ini membangunkan jaringan perpustakaan bergerak yang menjelajah ke seluruh pelusuk negara ini yang tidak mempunyai perpustakaan. Ucapan terima kasih juga harus diberikan kepada pertubuhan sukarela Daw Khin Kyi yang ditubuhkan oleh Aung San Suu Kyi yang mempromosikan kesihatan, pendidikan dan pembangunan taraf hidup.
![]() |
Perpustakaan bergerak Myanmar |
Tidak berapa lama lagi juga, projek perpustakaan elektronik Myanmar akan dilancarkan dengan misi untuk memberikan ahli akademik dan para pelajar akses atas talian kepada koleksi-koleksi buku dan tulisan yang komprehensif dalam pelbagai disiplin dan bidang.
***
Sumber: Cable News Network