Ketika sesetengah orang bersiap sedia untuk mengunjungi kelab malam selepas seharian penat bekerja, ada pula satu golongan yang menuju ke satu tempat yang agak "pelik" untuk bersantai pada waktu malam iaitu kedai buku.
Kedai buku Eslite di tengah kota Taipei dibuka 24 jam sehari dan mempunyai lebih ramai pengunjung pada waktu malam berbanding pada waktu siang. Pengunjung yang datang akan duduk bersebelahan di lantai, tangga-tangga kecil atau di sekeliling meja membaca dan masing-masing hanyut dalam dunia sastera sambil diiringi alunan muzik klasikal yang dimainkan di dalam kedai buku ini.
Kedai buku Eslite ini mula wujud pada tahun 1989 dan kini mempunyai 24 cawangan di serata Taiwan, satu di Hong Kong dan kini dalam perancangan untuk mengembangkan sayap ke China. Kedai buku ini juga turut menjadi tumpuan pengunjung dari China yang mana banyak buku di negara mereka telah ditapis oleh Parti Komunis yang memerintah.
***
Sumber: CNN