Rumah pelacuran memang sudah tentunya dikaitkan dengan aktiviti seks tetapi pasti ramai tidak mengetahui bahawa rumah pelacuran juga boleh menjadi tempat membaca dan mendengar puisi.
Itulah idea yang diterjemahkan oleh Stephanie Berger yang mengasaskan rumah pelacuran puisi The Poetry Brothel bersama Nicholas Adamski pada tahun 2009. Mereka berdua bertemu ketika mereka mengikuti program penulis kreatif. Mereka serta merta menjadi rapat kerna berkongsi rasa tidak puas hati terhadap suasana puisi di New York yang kering dan elitis. Mereka mendapat idea untuk mewujudkan rumah pelacuran - yang mengikut sejarahnya menjadi tempat kunjungan utama seniman dan orang jahat - yang berbeza dimana penulis boleh mempersembahkan karya dalam suasana yang lebih bersemangat dan meyakinkan. Mereka akan mengenakan pakaian yang berbeza, mencipta alter ego dan menjual puisi dan bukannya tubuh mereka.
Menurut mereka, pelacuran dan puisi bukanlah pasangan yang janggal. "Pelacuran dan membaca puisi adalah antara dua pekerjaan paling tua di dunia" kata Berger. "kedua-duanya begitu rapat dengan cara untuk menjelajah cinta, fantasi dan sisi lain seorang manusia."
Ini dipersetujui oleh Adamski. "Segalanya adalah tentang keintiman. Kamu boleh menikmati hubungan seks atau kamu boleh menikmati puisi tanpa seks. Tetapi ia lebih nikmat jika kamu dapat berhubung dengannya dengan lebih intim" ujar beliau. Inilah apa yang mereka tawarkan di rumah pelacuran puisi iaitu pengalaman seni yang intim dengan seniman yang menciptanya.
Setiap lelaran di rumah pelacuran ini mempunyai tema yang berbeza seperti majlis tari menari atau Arus Baru Perancis tetapi ianya mempunyai struktur asas yang sama. Tetamu-tetamu yang berpakaian kemas akan berbual-bual sesama sendiri sambil diiringi minuman koktel dan persembahan muzik jazz. Si madam kemudiannya akan memperkenalkan lebih kurang setengah dozen lelaki dan perempuan yang dipilih berdasarkan kemahiran menulis, tarikan peribadi dan juga kecantikan (yang tidak boleh dikelirukan dengan kecantikan fizikal kata penganjur). Mereka menggunakan nama seperi Tennessee Pink dan Cosette Chapiteau dan mempunyai latar belakang yang panjang lebar seperti melarikan diri dari sarkas dan orang miskin yang berasal dari keturunan raja. Setiap mereka akan membaca secara ringkas untuk menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berminat dengan bakat mereka.
Para penyajak akan berbual-bual dengan para tetamu sepanjang majlis berlangsung yang diselangselikan dengan persembahan burlesque dan juga bacaan umum. Pada bila-bila masa, tetamu boleh meminta samada secara terus atau melalui kakitangan di situ untuk membuat kunjungan peribadi untuk bersama penyajak yang mereka pilih. Si penyajak kemudian akan membawa pelanggan ke bilik belakang yang sunyi untuk sesi peribadi bersama penyajak tersebut (kadang-kadang mereka juga boleh membawa bersama dua orang penyajak). Si penyajak kemudian akan membaca dua atau tiga puisi, menjawab soalan dan berbual. Si pelanggan pula kemudian akan memberikan satu atau dua cip poker yang boleh ditukar dengan wang pada penghujung malam.
Meletakkan penyajak sebagai pekerja seks mungkin mendatangkan sedikit kesukaran tetapi ia terbukti berkesan untuk menarik mereka yang tidak pernah memberi perhatian kepada puisi untuk turut serta. Rumah pelacuran ini penuh dengan pengunjung pada satu acara yang diadakan di New York pada hari ahad baru-baru ini.
Penyajak-penyajak yang bekerja di rumah pelacuran puisi ini juga kadang-kadang memperolehi pendapatan yang agak lumayan. Biasanya mereka akan menerima sekitar 10 hingga 20 Dollar Amerika untuk setiap sesi tetapi pada hari yang baik, mereka boleh memperolehi pendapatan hingga beratus Dollar.

***
Sumber: The Guardian