Pada tahun 2012, ketika Sudan Selatan diambang perang saudara dan hanya terdapat suku daripada populasi di negara ini yang mampu membaca dan menulis - keputusan Awak Bior untuk membuka sebuah kedai buku kelihatan begitu berisiko. Tetapi bagi Bior, ia merupakan satu keperluan.
![]() |
Awak Bior, pengasas kedai buku Leaves |
"Kadar celik huruf di Sudan Selatan sangat rendah," ujar beliau yang ketika itu sedang duduk disebuah pangkin kayu di kedai buku Leaves di ibu negeri Juba. "Ia adalah cara untuk membuat orang nampak bahawa membaca adalah sesuatu yang menyeronokkan, ia adalah sesuautu yang boleh memberi kamu kelebihan secara peribadi dan profesional."
Bior pernah selalu berulang alik antara Sudan Selatan dan UK iaitu tempat dimana beliau membesar sambil membawa beg yang penuh dengan buku. Minatnya membaca buku tersemai kerana beliau selalu mengunjungi perpustakaan awam bersama ibu-bapanya. Sekarang pula, dia dibantu oleh satu kumpulan yang kecil tetapi bersemangat tinggi untuk membantunya menguruskan kedai buku utama di Sudan Selatan ini.
Kedai-kedai buku lain yang wujud dinegara ini kebanyakannya menjual buku agama atau buku teks. Rak-rak kayu di kedai buku Leaves pula diisi dengan novel-novel terbaru dan buku-buku non-fiksyen dari UK, timur Afrika dan tempat-tempat lain dan pada masa yang sama turut mempromosi budaya membaca melalui debat awam dan pelancaran buku.
Kedai buku kecil yang mempunyai cita-cita yang besar ini sudahpun menarik ramai pelanggan setia. Salah seorangnya adalah penyampai radio bernama Dhieu Williams. Baru-baru ini, beliau membeli buku autobiografi Fidel Castro berjudul My Life. "Bukan saya seorang sahaja yang membaca buku yang saya beli, sepupu dan adik-beradik saya juga turut membacanya," ujar beliau.
Peter Biar pula adalah pembaca yang lebih tegar. Minat membacanya bermula ketika dia membaca satu petikan daripada Cicero - "Bilik yang tiada buku adalah seperti tubuh yang tiada jiwa." Seperti kanak-kanak lain di Sudan Selatan, Biar adalah seorang askar kanak-kanak yang "belajar melalui kesusahan." Sekarang beliau begitu menghargai setiap buku yang dimilikinya.
Kedai buku Leaves mempunyai lebih ramai pelanggan lelaki berbanding perempuan yang merupakan refleksi hakikat bahawa hanya 16 peratus sahaja perempuan di Sudan Selatan yang mampu membaca dan menulis dan amat sedikit yang mempunyai pendapatan yang membolehkan mereka membeli buku yang kadang-kadang mencecah harga 100 paun Sudan Selatan atau kira-kira £13 (RM68).
Pada bulan Disember 2013, perang saudara sekali lagi tercetus di Sudan Selatan. Beribu orang telah terbunuh dan hampir dua juta orang kehilangan tempat tinggal. Pengurus kedai buku Leaves, Yohanis Riek percaya bahawa perang saudara yang berlaku ini membuatkan kedai buku Leaves menjadi lebih relevan.
Ketika ditemubual oleh sebuah stesyen radio tempatan, beliau menyatakan "sekarang adalah masa dimana kita perlukan lebih banyak buku. Memajukan diri sendiri adalah kunci untuk menyelesaikan krisis di Sudan Selatan." Pertempuran yang selalu melibatkan askar kanak-kanak yang buta huruf turut membuatkan penduduk di Sudan Selatan dari pelbagai latar belakang memikirkan dalam keadaan bagaimanakah mereka mahu hidup.
Ketua pemberontak Riek Machar dengan jelas memperagakan buku Why Nations Fail tulisan ahli sains politik Daron Acemoglu dan James Robinson di pusat persembunyiannya di dalam hutan. Machar dan ahli politik lain mahukan federalisme dan banyak kritikan-kritikan terbuka dibuat mengenai kegagalan politik yang menyebabkan berlakunya perang saudara.
"Sekarang kami mempunyai lebih ramai pelanggan Sudan Selatan berbanding ketika keadaan aman damai," kata Riek yang mengurus kedai buku Leaves. "Mungkin mereka berminat untuk tahu lebih banyak tentang politik dan bagaimana mereka boleh hidup bersama."
Kerajaan yang diketuai oleh Salva Kiir turut dituduh mengawal ketat mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan sehinggakan mereka tidak membenarkan apa-apa perbincangan terbuka tentang federalisme. Buat masa sekarang, debat terbuka di Leaves masih tidak menerima apa-apa gangguan.
Bior yang mengasaskan kedai buku ini pula berkata kebebasan bersuara adalah amat mustahak untuk masa depan Sudan Selatan. "Apa yang kami cuba semaikan adalah suasana di mana setiap orang boleh bertukar-tukar pendapat, berdebat dan bersama-sama mencari penyelesaian. Saya rasa apabila kamu melihat negara lain yang berjaya, mereka mempunyai satu persamaan iaitu kamu boleh mengakses apa saja maklumat. Jika penapisan maklumat menjadi kebiasaan di Sudan Selatan, maka ia adalah satu bencana kerana ia akan membantutkan perkembangan dan pembangunan sosial" kata Bior.
Misi Bior yang seterusnya adalah untuk memindahkan kedai bukunya ke premis yang lebih besar dan menyediakan tempat untuk pembaca melarikan diri. "Kebanyakan orang tidak membaca walaupun mereka ingin membaca kerana rumah mereka begitu sesak dan mereka tidak mempunyai ruang peribadi."
"Satu lagi masalah adalah bekalan elektrik. Pada sebelah malam, kanak-kanak di Juba akan berkumpul di berdekatan dengan tempat pengawal keselamatan untuk membolehkan mereka membaca dan mengulangkaji pelajaran. Kami ingin membantu mereka dengan memberikan satu tempat untuk mereka membaca, samada untuk tujuan santai atau belajar."

***
Ini adalah terjemah artikel tulisan James Copnall yang diterbitkan oleh The Guardian pada 27hb Oktober 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI