Setakat bulan Mei 2014, Spotify mempunyai lebih kurang 40 juta pengguna. Aplikasi ini kini boleh dimuat turun dalam pelbagai gajet dan sistem operasi seperti Android, BlackBerry, Boxee, iOS dan pelbagai lagi. Walaupun Spotify lebih dikenali sebagai aplikasi muzik, ia juga sebenarnya banyak menyimpan koleksi buku audio penulis-penulis tersohor. Jadi untuk tidak melengahkan masa lagi, berikut adalah beberapa buku audio yang boleh diakses di Spotify.
Allen Ginsberg mengambil masa 20 minit untuk membaca puisinya yang paling terkenal iaitu Howl. Selain daripada Ginsberg, terdapat juga audio dari Jack Kerouac, Charles Bukowski dan Gregory Corso.
Di sini anda boleh mengakses versi audio novel tulisan Jane Austen seperti Pride and Prejudice, Northanger Abbey dan juga koleksi-koleksi puisi dan surat yang ditulis oleh beliau.
Apabila seseorang penyajak menjadi sangat terkenal seperti Sylvia Plath sendiri, memang mudah untuk kita lupa bahawa beliau sendiri adalah wanita biasa yang mempunyai suaranya sendiri. Di sini kita boleh mendengar tona suara beliau yang penuh dengan emosi.
Memang mengujakan apabila mendengar seorang penulis membaca karyanya sendiri tetapi ia juga menarik apabila mendengar seniman-seniman lain membaca dengan intepretasi mereka yang tersendiri. Di sini anda akan mendengar beberapa orang pembaca yang meminjamkan suara mereka untuk menyampaikan karya-karya Poe seperti The Fall of the House Usher dan The Telltale Heart.
Benedict Cumberbatch tidak menyumbangkan suaranya tetapi di sini anda akan berpeluang mendengar Sir John Gielguld membaca beberapa karya tulisan Sir Arthur Conan Doyle.
***
Sumber: Biographile / Spotify