Baru-baru ini, jilid ke tiga koleksi surat Samuel Beckett telah diterbitkan oleh Cambridge University Press. Secara asasnya tiada apa-apa kandungan yang kontroversi dalam surat-surat Beckett ini, tetapi ada satu surat dimana Beckett menyatakan "saya tak suka surat-surat saya diterbitkan." Antara sebab utamanya adalah kerana surat-surat beliau kebanyakannya tidak ada kena mengena dengan karya-karyanya tetapi atas desakan oleh pihak penerbitnya, maka Beckett akhirnya mengalah.
Beckett sudah tentunya bukan satu-satunya penulis yang tidak mahu tulisan mereka diterbitkan. Untuk lebih memahami situasi ini, kita boleh beberapa orang lagi penulis yang berhadapan dengan situasi yang sama.
Franz Kafka
Kafka yang cukup terkenal dengan novel-novel seperti The Castle dan The Metamorphosis dipercayai membakar hampir kesemua tulisannya.
Nikolai Gogol
Salah satu karya terkenal Gogol adalah novel Dead Souls yang dikatakan contoh utama sastera Rusia abad ke 19. Pada hujung hayatnya, Nikolai Gogol dikatakan mengalami masalah depresi yang teruk. Akibatnya, pada malam 24hb Februari 1852, beliau telah membakar beberapa manuskrip yang ditulisnya termasuk manuskrip untuk bahagian kedua novel Dead Souls.
Don Delillo
Delillo memang dikenali sebagai penulis yang hebat tetapi Delillo berusaha keras untuk "melupakan" memoir fiksyen yang ditulisnya bertajuk Amazons. Walaupun memoir ini digemari ramai, Delillo enggan memberi kebenaran untuk membolehkan ianya dicetak semula.
W.H. Auden
Ramai yang tahu bahawa Auden cukup menyesal kerana menulis puisi terkenalnya bertajuk September 1, 1939. Secara spesifiknya, Auden membenci bait puisnya yang berbunyi "Kita mesti mencintai satu sama lain atau mati (We must love one another or die)." Auden cuba mengubah bait ini beberapa kali tetapi tidak berjaya dan bait ini menjadi antara bait yang selalu dipetik oleh ramai orang.
Vladimir Nabokov
Nabokov pernah meminta supaya manuskrip terakhir yang ditulisnya bertajuk The Original of Laura tidak diterbitkan. Permintaan Nabokov ini dipenuhi oleh warisnya tetapi akhirnya ia diterbitkan pada tahun 2009.
James Joyce
Pada awal karier Joyce, beliau telah mencuba bakatnya dalam menulis skrip drama pentas bertajuk A Brilliant Career. Kemudian beliau telah menghantarnya kepada William Archer yang merupakan penterjemah bahasa Inggeris untuk karya-karya Henrik Ibsen. Archer mengakui bakat yang dimiliki oleh Joyce tetapi merasakan topik yang cuba diterokai oleh Joyce terlalu luas. Dua tahun kemudian, Joyce bersetuju untuk memusnahkan karya tulisannya ini.
***
Sumber: MHP Books
Sumber gambar: google image