PETER MENDELSUND DAN JAKET BUKU


Peter Mendelsund menganggarkan beliau telah mereka sekitar 600 hingga 1000 rekaan kulit depan buku yang meliputi Crime and Punishment dan Girl with the Dragon Tatto. Tetapi pereka kulit depan buku terkenal yang tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang rekaan ini turut menyatakan dia juga banyak menghabiskan masa membaca buku.

"Orang selalu terkejut apabila mereka datang ke pejabat saya atau bila mereka masuk dan melihat saya meletakkan kaki diatas meja sambil membaca manuskrip" kata Mendelsund ketika ditemuramah oleh Dave Davies dalam rancangan radio Fresh Air. "Saya membaca buku dengan kerap dari ketika saya bangun tidur sehinggalah saya masuk tidur semula."

Baru-baru ini pula Mendelsund mereka kulit muka depan untuk dua buku terbarunya. Buku pertama bertajuk Cover yang merupakan koleksi beratus rekaan kulit muka depan rekaanya, termasuk yang ditolak berserta komentari teknik yang beliau gunakan. Buku kedua pula berjudul What We See When We Read berkisar tentang bagaimana perkataan memberi imej didalam otak kita.

"Ketika saya membaca, saya menanda teks yang saya baca dan saya cuba untuk memberi perhatian kepada teks tersebut yang mempunyai kepentingan struktural atau apa-apa beban perasaan yang spesifik," kata Mendelsund. "Secara asasnya saya akan cuba menentukan apakah suasana sesebuah buku itu kerana perasaan dalam sesebuah buku amat penting untuk jaket buku..Kamu hanya cuba untuk menterjemahkan perasaan apabila membaca buku tersebut." 

Berikut adalah sorotan temuramah yang dijalankan bersama beliau.

Tentang apa itu jaket buku dan fungsinya


Saya rasa ada dua tugas utama yang perlu dilakukan oleh jaket buku. Ia perlu mewakili teks didalam buku dan ia perlu menjual buku tersebut. Dalam erti kata lain, jaket buku...adalah seperti judul buku yang dipilih oleh si penulis. Jaket buku perlu bercakap tentang sesuatu yang lebih besar iaitu tentang buku itu sendiri. Ia juga perlu nampak menarik untuk menarik minat orang untuk melihat buku tersebut - dan mungkin membelinya..Ia seperti papan iklan atau ataupun sebuah iklan atau treler atau sisipan sebuah filem...

Saya fikir jaket buku adalah seperti peringatan visual tentang sesebuah buku...ia juga adalah cenderamata untuk pengalaman membaca. Membaca seperti membawa mengembara ke ruang nebula dan jaket buku adalah salah satu benda yang kita bawa pulang dari pengembaraan itu. Ia sesuatu yang kita pegang.





Tentang kenapa buku-buku lama mendapat jaket buku yang paling menarik

Ia adalah benar. Malah sebenarnya ia satu kerja yang sangat menarik untuk mereka jaket buku-buku sejarah dan sastera-sastera klasik yang hebat kerana kamu tidak perlu mendapat persetujuan daripada penulisnya kerana mereka telahpun mati... Ada satu jenis kebebasan yang dperolehi dalam mereka kulit buku-buku seperti ini yang mana ia tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan ia sangat menarik dan menyeronokkan dan tidak seperti mereka jaket buku untuk penulis-penulis yang masih hidup dimana rekaan-rekaan untuk penulis-penulis ini selalunya agak sedikit rumit.

Saya merasa tanggungjawab terhadap penulis-penulis yang masih hidup. Mereka mungkin menghabiskan bertahun-tahun bersendirian untuk menulis buku mereka dan mereka datang kepada saya dengan manuskrip mereka pada saat-saat mereka merasa begitu rapuh. Penulis juga selalunya orang yang sensitif, jadi saya amat mengambil berat tentang tugas yang diberikan kepada saya. Tetapi hubungan kamu dengan penulis dan perasaan bersalah jika kamu gagal menterjemahkan tulisan mereka dalam jaket buku kadang-kadang boleh membuatkan kamu berasa sedikit tertekan.

Tentang proses mereka jaket buku

Saya akan membuat tandaan pada manuskrip buku ketika saya dalam proses mereka jaketnya iaitu apa-apa perkara yang mampu menterjemahkan teks buku tersebut secara keseluruhan. Saya akan melihat semula tandaan-tandaan yang saya buat dan saya akan mula membuat lakaran saya dari situ. Apabila saya mempunyai lakaran yang saya rasakan menarik, saya melukisnya dengan lebih teliti. Saya akan membuat kolaj atau mengambil gambar atau saya akan bekerja menggunakan komputer atau memilih tipografinya. Saya akan cuba menggunakan pelbagai kaedah rekaan tetapi ketika saya sedang mereka, saya akan melihat rekaan-rekaan yang telah saya buat untuk memastikan samada ia selari dengan apa yang saya rasakan ketika membaca buku itu. Itulah masa di mana saya dapat tahu samada jaket buku tersebut sesuai untuk buku itu...

Selepas saya mereka sesuatu jaket buku, saya akan mencetaknya dan membalutnya pada buku tersebut. Kemudian saya akan letakkannya di rak buku saya dan saya akan memaksa diri saya untuk melupakan tentangnya. Kamu perlukan objektiviti untuk menentukan samada sesuatu rekaan itu bagus atau tidak. Kamu perlu berjauhan seketika dari rekaan kamu.

Tentang populariti buku elektronik dan masa depan buku fizikal dan jaket buku


Kebelakangan ini saya menjadi lebih bersemangat apabila mengetahui masih ramai lagi orang yang mahu memiliki buku fizikal. Baru-baru ini saya ada memberikan ceramah di Kolej Sarah Lawrence. Selepas saya selesai memberikan ceramah, saya bertanya kepada para hadirin yang terdiri daripada anak-anak muda tentang format buku apakah yang mereka sedang baca.

Perkara yang mengujakan adalah semua orang membaca buku dalam bentuk format yang berbeza dan apa lebih yang menarik lagi mereka semua tahu apakah kelebihan dan kekurangan setiap format buku tersebut. Ada yang berkata:

"Apabila saya pergi melancong, saya akan membawa Kindle saya."...

Apabila saya melakukan kerja yang mempunyai teks yang rumit dan memerlukan saya melakukan banyak semakan, atau memerlukan saya untuk menggunakan internet atau Wikipedia, saya akan memilih bahan bacaan dalam format eletronik."

"Jika ada buku yang saya mahu simpan dalam tempoh yang lama atau buku yang membolehkan saya membuat catatan padanya atau buku yang saya mahu berikan sebagai hadiah, maka saya akan membaca buku fizikal."

Apa yang saya lihat adalah kita semua menuju satu tempat di mana kita tidak mengharapkan medium digital akan menggantikan medium fizikal - dan itu membuatkan saya sangat gembira.

***
Ini adalah terjemahan transkrip temubual radio bersama Peter Mendelsund yang diterbitkan oleh NPR pada 16hb Oktober 2014. Untuk baca teks transkrip lengkap dalam bahasa Inggeris, anda boleh klik di pautan INI

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: PETER MENDELSUND DAN JAKET BUKU
PETER MENDELSUND DAN JAKET BUKU
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUgaCol1kZ85loIpJsVl0-29sNWNdAFMDcFEvnUNb3UtbBa-6sZBi6ea131it91X1ZrKn32bCR07yho8v5l0poCrYSmAJgD0AsJ3LoUpd_shs5dDBKNMWwsPnlQV60IiWcT2E8Bt6th9K9/s1600/jpmendelsund1-superJumbo.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUgaCol1kZ85loIpJsVl0-29sNWNdAFMDcFEvnUNb3UtbBa-6sZBi6ea131it91X1ZrKn32bCR07yho8v5l0poCrYSmAJgD0AsJ3LoUpd_shs5dDBKNMWwsPnlQV60IiWcT2E8Bt6th9K9/s72-c/jpmendelsund1-superJumbo.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/11/peter-mendelsund-dan-jaket-buku.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/11/peter-mendelsund-dan-jaket-buku.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin