Apabila penyajak Chile, Pablo Neruda menyatakan bahawa puisi adalah "tindakan keamanan", beliau mungkin tidak menyangka bahawa satu hari nanti bentuk seni penulisan ini akan digunakan oleh ekstrimis Islam yang ganas.
Walaupun banyak laporan yang menunjukkan militan Negara Islam (IS) menggunakan internet untuk merekrut anggota baru dari Eropah untuk menyertai mereka dan untuk menyebarkan ideologi ekstrimis, para militan IS dan kumpulan lain turut menggunakan media sosial untuk berkongsi satu lagi bentuk tulisan iaitu puisi.
Seorang militan IS dari British yang menamakan dirinya sebagai Abuqaqa Britani yang sebelum ini menggunakan nama "greenbirdexpress" di laman sosial Ask.fm sudah mula memuat naik puisi-puisinya ke akaun twitter miliknya. Kebanyakan puisi Abuqaqa adalah tentang bagaimana IS menentang orang-orang "kafir" yang beliau nyatakan sebagai peperangan utama kebaikan terhadap kejahatan. Beliau juga turut menyatakan keinginan beliau dan rakan-rakan militan beliau untuk "mati syahid". Puisi menurut Abuqaqa adalah apa yang beliau buat ketika beliau merasa bosan.
Dalam salah satu puisinya, Abuqaqa merujuk kepada serangan udara Amerika terhadap IS. Beliau menyatakan bahawa walaupun Amerika memiliki jet pejuang, IS masih mempunyai kelebihan. Dalam satu puisi yang lain pula, Abuqaqa memuji IS dengan menyatakan mereka telah memilih jalan yang telah oleh Allah untuk mereka.
Abuqaqa bukanlah satu-satunya militan di Syria yang menulis dan berkongsi "puisi jihad." Militan Kaukasia Utara di Syiria yang membawa tradisi menulis puisi mereka turut berkongsi bait-bait puisi yang ditulis rakan-rakan militan mereka. Puisi mereka sangat popular sehinggakan terdapat satu kumpulan yang dikenali sebagai Poeziya Dzhikhada (Puisi Jihad) yang diwujudkan khusus untuk menghargai puisi-puisi IS di media sosial Rusia yang dikenali sebagai VKontakte.
Walaupun begitu, tradisi menulis "puisi jihad" tidak bermula di Syria dan ia bukanlah satu fenomena baru. Pengasas Al-Qaeda, Osama Laden juga menulis puisi tentang hidup dalam buangan dan pengkhianatan. Puisi-puisi ini dijumpai oleh tentera Amerika pada tahun 2001 di Kabul.
***
Ini adalah terjemahan ringkas artikel tulisan Joanna Paraszczuk yang diterbitkan oleh RFERL pada 21hb November 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI