PUISI UNTUK ORANG BINGUNG


Hampir semua orang pernah merasa bingung apabila berhadapan dengan puisi. Pengalaman membaca puisi bukan sahaja boleh menyentuh perasaan kita malah ia turut membuatkan kita merasa bosan samada dari aspek intelektual atau emosi. Selain daripada puisi yang dideklamasikan oleh selebriti, diiringi muzik dan visual atau ditulis oleh anak-anak kita sendiri, puisi sebenarnya memang menjalankan tugas yang teruk dalam mempromosikan dirinya sendiri. Bait-bait puisi compang-camping yang ditulis pada ruang kertas putih seolah-olah menyatakan bahawa ianya perlu dinilai hanya sebagai seni yang suci... Lihat tapi jangan hampiri terlalu dekat, dan pastinya jangan sesekali sentuh.

Tetapi bagaimana jika seni halus membaca puisi bukanlah seni halus yang sebenar? Bagaimana jika kesukaran sebenar membaca puisi adalah disebabkan kelemahan kita dalam memahami sebab kenapa kita membaca puisi?

Di sini dinyatakan 20 cadangan yang sederhana tentang bagaimana untuk memikirkan semula cara-cara membaca puisi.

1. Buang tanggapan bahawa membaca puisi akan serta merta mengubah hidup anda. Hidup anda sentiasa berubah dan selalunya anda begitu sibuk untuk menyedari perubahan-perubahan ini. Apa yang puisi mahukan hanyalah perhatian anda.

2. Apabila anda membaca puisi terutamanya puisi yang bukan ditulis untuk dideklamasikan, anda perlu membacanya dengan kuat. Telinga anda akan menangkap maksud bait-bait puisi lebih dari apa yang dibenarkan oleh otak anda. Dalam erti kata lain, telinga anda akan memberitahu apa yang otak anda perlu fikir.

3. Cuba fahami puisi berdasarkan apa yang cuba disampaikannya. Jika anda perlu "kaitkan" puisi dengan diri anda untuk membolehkan anda memahaminya, maka anda tidak membacanya dengan lengkap. Dalam maksud lain, jangan cuba untuk menyesuaikan puisi tersebut dengan hidup anda. Cuba lihat dunia yang dicipta oleh puisi tersebut. Jika anda bernasib baik, ia akan membantu anda untuk melihat semula dunia anda.

4. Samada anda sedar atau tidak, anda sentiasa cuba mencari alasan untuk berhenti membaca sesuatu puisi dan bergerak ke puisi seterusnya atau membaca puisi yang lain. Anda perlu sedaya upaya mengelakkan diri anda untuk melakukan perkara ini. Anda perlu berfikir seperti seorang buddha yang diganggu oleh nyamuk. Puisi adalah seperti nyamuk. Ia mungkin menjengkelkan tetapi ianya tidak akan membunuh anda jika anda terus membacanya.


5. Orang lain akan memberitahu anda bahawa terdapat dua jenis puisi: "puisi mudah" yang mana niat dan maksudnya sangat senang untuk difahami dan "puisi kabur" yang mana niat dan maksudnya begitu sukar untuk difahami. Ia terpulang kepada anda sendiri samada anda mahu cuba memahaminya atau tidak.


6. Jika anda tidak memahami sesuatu perkataan di dalam puisi, cubalah cari maksudnya atau anda boleh pergi mati.


7. Puisi tidak boleh diparafrasakan semula. Malah sebenarnya kekuatan sesebuah buah adalah bertentangan dengan parafrasa iaitu kesamarannya. Kesamaran adalah intipati sebenar kehidupan manusia. Kita memang tidak tahu apakah yang akan berlaku dari satu saat ke satu saat yang lain tetapi kita perlu berpura-pura seolah-olah kita tahu.


8. Puisi tidak mempunyai maksud tersembunyi. Ia hanya mempunyai "maksud" yang belum kita sedari. Menilai kehalusan maksud sesuatu puisi memerlukan latihan. Membaca puisi adalah sama seperti melakukan perkara-perkara lain. Anda akan belajar peraturannya sama seperti anda belajar memandu kereta atau membuat kek.


9. Walaupun ia kedengaran sukar, anda perlu mengasingkan si penyajak dan pembaca puisi. Si penyajak selalu memakai topeng (persona) walaupun   Beliau tidak pernah cuba untuk memakai topeng. Jika anda menyamakan si penyajak dan pembaca puisi, ia menghalang puisi itu untuk mempunyai kuasa imaginatif di luar kehidupan puisi itu sendiri.

10. Apabila anda membaca bait puisi yang kelihatan "ironik", pastikan ianya bukan sindirian pembaca puisi atau perasaan tidak percaya anda sendiri.

11. "Membaca untuk nikmat" menunjukkan bahawa wujudnya juga "membaca untuk marah" atau "membaca untuk sakit". Semua bacaan seharusnya memberikan nikmat. Seperti seks, puisi akan memberikan anda nikmat samada sedikit atau banyak tetapi mencapai nikmat bukanlah satu-satunya tujuan membaca puisi.


12. Puisi boleh menjadi seperti peti berkunci yang mana kombinasi untuk membukanya tersimpan di dalam peti tersebut. Kadang-kadang anda perlu membaca berdozen puisi sebelum dapat memahami puisi. Kadang-kadang juga pemahaman itu langsung tidak diperolehi. Ia sama seperti kehidupan kita yang selalu dipenuhi dengan tanda tanya dan kekeliruan.

13. Buat tandaan pada puisi yang anda baca. Membaca tanpa menulis sesuatu pada mukasurat puisi yang anda baca adalah sama seperti berjalan tanpa menggerakkan tangan anda. Anda boleh melakukannya dan anda masih boleh sampai ke destinasi anda tetapi anda akan berasa seolah-olah anda kehilangan sesuatu yang penting dalam melakukan aktiviti tersebut.

14. Anda tidak akan rugi apa-apa apabila anda membaca sesebuah puisi. Jika anda tidak memahaminya, anda hanya akan kerugian masa dan tenaga. Tetapi membaca puisi mempunyai potensi yang besar untuk memberikan anda pemikiran dan sudut pandangan yang baru atau paling tidak, memberikan anda waktu untuk mengasingkan diri dari rutin hidup anda.

15. Puisi bergantung kepada corak dan variasi dan ia merangkumi puisi non-linear, non-naratif dan puisi yang anti puisi. Dengan memahami corak dan variasi puisi, otak anda akan cuba untuk menyusun keserabutan yang begitu jelas. "Glockenspiel", "berudu", dan "keadilan" mungkin tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain tetapi otak anda akan serta merta cuba mencantumkannya kerana ianya ada di dalam puisi yang anda baca dan ingin fahami.

16. Apabila kemahiran anda untuk membaca puisi bertambah, ia juga akan menambah kemahiran anda untuk membaca berita, novel, laporan undang-undang, iklan dan sebagainya. Satu poster Starbucks beberapa tahun lalu mengandungi ayat: "Sahabat adalah seperti butir-butir salji...setiap satunya adalah unik. Memang benar tetapi bukankah salji juga sejuk dan sementara? Harapnya sahabat-sahabat kita tidak sebegitu.

17. Membaca puisi bukanlah hanya tentang membaca puisi. Puisi yang dikatakan mempunyai gaya sintaks dan sebutan yang kedap boleh meningkatkan kesedaran anda tentang dunia termasuk perkara-perkara yang tidak mempunyai hubung kait secara terus melalui kata-kata. Pakaian, bangunan dan langit waktu malam mempunyai sistem pengecaman corak dan ekstrapolasinya sendiri.


18. Mungkin cara terbaik membaca puisi adalah dengan menjadi muda, bijak dan sedikit mabuk. Tetapi tidak timbul keraguan bahawa membaca puisi pada usia tua mewujudkan keinginan untuk membaca lebih banyak puisi ketika usia remaja.


19. Suatu hari nanti apabila harta-harta material anda tidak mempunyai nilainya lagi dan hanya menjadi halangan untuk anda ke tandas, puisi masih mempunyai nilainya yang tersendiri. Terdapat ruang yang hanya memerlukan ruang yang kecil. Puisi yang dihafal, samada satu atau dua bait, menjadi harta dalaman yang sangat bernilai dan menjadi sebahagian daripada kemahiran menyelamatkan diri, sama seperti mengetahui bagaimana untuk mengunci tangan seorang pencuri atau mengetahui cara terbaik untuk mengupas kulit buah mangga tanpa mencederakan tangan anda.

20. Membaca puisi yang bagus tidak memberikan anda sesuatu untuk dibualkan. Ia mendiamkan anda. Apatah lagi apabila anda membaca puisi yang hebat. Ia menyiapkan anda untuk diam yang paling membingungkan iaitu mati.

***
Ini adalah terjemahan artikel tulisan Mark Yakich yang diterbitkan oleh The Atlantic pada 02hb November 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI

Sumber gambar: google image

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: PUISI UNTUK ORANG BINGUNG
PUISI UNTUK ORANG BINGUNG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8bjPLSbzupWJj_HWo639240_8KL1zQDncaXQArBrEql2OhJqZ0EqCrIvVgsQmgytM_A8ZBKjpJxtDx8M74fWPFwSttyEtQ7H-y6Ire8N9yKmHC_cOr4VmfNUEQA0JCq1623pJo79-V9Bq/s1600/Puisi+Bingung.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8bjPLSbzupWJj_HWo639240_8KL1zQDncaXQArBrEql2OhJqZ0EqCrIvVgsQmgytM_A8ZBKjpJxtDx8M74fWPFwSttyEtQ7H-y6Ire8N9yKmHC_cOr4VmfNUEQA0JCq1623pJo79-V9Bq/s72-c/Puisi+Bingung.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/11/puisi-untuk-orang-bingung.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/11/puisi-untuk-orang-bingung.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin