Para penyelidik di Jerman percaya mereka telah menemui satu manuskrip Al-Quran yang dikatakan paling tua di dunia. Manuskrip yang ditemui di perpustakaan Universiti Tübingen ini dpercayai ditulis sekitar 20 hingga 40 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad (s.a.w).
Manuskrip yang ditulis dengan tulisan kufi dan diberi nama MA VI 165 ini pada asalnya didermakan kepada pihak Universiti Tübingen pada tahun 1864 sebagai sebahagian daripada koleksi konsul Prussia, Johan Gottfired Wetzstein.
Dengan menggunakan ujian tertentu, para pengkaji menyimpulkan bahawa terdapat 95 peratus kemungkinan bahawa manuskrip ini ditulis pada kurun 649-675 selepas masihi iaitu ketika zaman pemerintahan Khalifah Ali Ibn Talib di mana seni tulisan kufi amat popular ketika itu.
***
Sumber: Communities Digital News