Apakah manfaat membaca karya-karya sastera? Sebagai seorang pembaca, pasti anda sudah sedia maklum kebaikan membaca karya-karya sastera. Tetapi jika anda ataupun orang-orang disekeliling masih ragu samada membaca karya-karya sastera terutamanya novel, maka anda boleh meluangkan masa untuk menonton klip video yang dihasilkan oleh The School of Life dibawah.
Klip video yang begitu menarik hasil kreativiti The School of Life ini merumuskan sebab-sebab kenapa membaca karya sastera baik untuk anda. Antaranya, ia dapat menjimatkan masa kita kerana dengan membaca karya-karya sastera, ia memberikan kita peluang untuk merasai pengalaman, situasi dan perasaan yang mungkin susah untuk kita rasai atau tidak kita dapat lalui dalam hidup kita.
Membaca karya-karya sastera juga menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik kerana dengan membaca tentang pengalaman orang lain dan juga sudut pandangan orang lain yang berbeza dengan kita dapat menjadikan kita seorang manusia yang lebih memahami orang disekeliling kita.

Jadi teruskanlah dengan aktiviti membaca anda!
***
Sumber: The School of Life
Sumber gambar: google image