Atas sebab itu, baru-baru ini sebuah buku yang menyusur sejarah makanan di Amerika telah diterbitkan yang diberi judul The American Plate: A Culinary History in 100 Bites. Menurut penulis buku ini Libby O' Connel yang merupakan timbalan presiden senior di History Channel dan A&E Networks, tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk menerangkan sejarah Amerika melalui makanan. Menurut beliau, setiap makanan yang terdapat dalam buku ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebagai contoh, Makaroni merupakan makanan yang biasa dimakan oleh orang Amerika tetapi ramai generasi muda Amerika yang tidak mengetahui bahawa yang asalnya dipopularkan oleh bekas presiden Amerika iaitu Thomas Jefferson.
Tema yang cukup jelas dalam buku ini adalah bagaimana makanan dari luar negara menjadi makanan kegemaran orang Amerika. Menurut O' Connel, spaghetti berasal dari Itali dan dimasak menggunakan bawang putih yang banyak. Pada awalnya spaghetti tidak digemari oleh orang Amerika bukan sahaja kerana rasanya tetapi juga atas sebab sentimen mereka yang bencikan makanan yang bukan berasal dari negara mereka.
Tetapi kini ramai orang Amerika yang menyatakan makanan dari Itali sangat enak. Apa yang mereka tidak tahu adalah spaghetti yang terdapat di Amerika terutamanya bebola daging yang digunakan tidak langsung mempunyai ciri-ciri Itali kerana ia menggunakan daging yang berbeza. Tetapi secara amnya, O' Connel merasakan orang Amerika sangat terbuka kepada makanan-makanan baru.
O' Connel turut menyentuh tentang asal-usul Coca-Cola yang pada awalnya dihasilkan sebagai ubat ketagihan. Pada asalnya, antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Coca-Cola adalah kokain dan kafein. Tetapi bahan-bahan ini tidak lagi digunakan. Yang tinggal hanyalah logonya yang masih kekal sejak dari dulu lagi.
***
Sumber: NPRSumber gambar: google image