Apakah yang dimahukan oleh lelaki dan perempuan dari sesebuah buku? Adakah mereka membaca buku yang ditulis oleh penulis yang berjantina sama dengan mereka? Apakah yang mereka fikir apabila mereka membaca buku yang ditulis oleh penulis dari jantina yang berbeza?
Dalam mencari jawapan kepada persoalan ini, Goodreads telah melakukan satu kajian baru-baru ini yang melibatkan data yang dikumpul dari 40,000 pengguna aktif Goodreads yang meliputi 20,000 pengguna lelaki dan 20,000 pengguna perempuan.
Data yang dikumpul menunjukkan bahawa pembaca perempuan lebih menggemari buku-buku baru. Didapati pembaca perempuan memberikan purata rating sebanyak 3.85 untuk buku-buku yang diterbitkan pada tahun 2014 berbanding purata rating 3.7 yang diberikan oleh pembaca lelaki. Seterusnya data yang dikumpul menunjukkan bahawa 80 peratus novel yang ditulis oleh penulis perempuan dibaca oleh perempuan manakala hanya 50 peratus novel yang ditulis oleh penulis lelaki dibaca oleh perempuan.
Untuk melihat infografik lengkap, anda boleh klik di pautan INI .
***