Baru dua tahun Maurice Sendak meninggal dunia, tetapi sudah pelbagai isu berkenaan hakmilik karya-karya dan koleksi beliau timbul.
Baru-baru ini Muzium dan Perpustakaan Rosenbach di Philadelphia telah memulakan satu tindakan saman terhadap penjaga hakmilik harta dan karya Sendak kerana gagal untuk memenuhi tuntutan wasiat yang ditinggalkan oleh Sendak. Di dalam wasiat Sendak, beliau menginginkan kebanyakan koleksi buku-buku jarang beliau termasuk buku dan ilustrasi daripada beliau sendiri disimpan dan dipamerkan di Muzium dan Perpustakaan Rosenbach. Walaupun perbincangan telah dijalankan sebelum ini, tetapi ianya menemui jalan buntu.
Antara koleksi buku jarang milik Sendak yang menjadi buruan adalah Songs of Innocence dan Songs of Experience tulisan William Blake dan juga beberapa buah buku tulisan Beatrix Potter.
Sama-sama lah kita nantikan apakah kesudahannya nanti.
***
Sumber: NPR