Peminat-peminat Sherlock Holmes boleh tersenyum lega kerana akhirnya Mahkamah Agung di Amerika memutuskan bahawa karya terkenal ini akan terus kekal di domain awam dan boleh diakses dan digunakan secara percuma.
Isu mengenai hakcipta Sherlock Holmes tulisan Arthur Conan Doyle ini bermula pada tahun lepas apabila penulis Laurie R. King dan Leslie S. Klinger cuba menerbitkan novel antologi Sherlock Holmes pada tahun lepas dengan menggunakan judul In The Company of Sherlock Holmes. Waris Arthur Conan Doyle menyatakan bahawa mereka berhak untuk menerima bayaran yuran lesen untuk karya-karya yang bakal diterbitkan tersebut. Ini tidak dipersetujui oleh Klinger yang menyebabkan dibawa ke Mahkamah yang mana akhirnya Mahkamah Agung di Amerika memutuskan bahawa karya terkenal ini akan terus kekal di domain awam.
Walaubagaimanapun, sepuluh cerita lain tulisan Arthur Conan Doyle masih lagi mempunyai hakcipta sehingga tahun 2022.
***
Sumber: LA Times