Pelbagai hadiah dan anugerah sastera wujud di dunia ini untuk menghargai penulis dan kehebatan karya tulisan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan karya-karya yang buruk? Perlukah ia turut diberi penghargaan? Salah satu penghargaan yang agak terkenal tetapi mungkin tidak mahu diterima oleh mana-mana penulis adalah Anugerah Seks Terburuk dalam Fiksyen yang dianjurkan oleh Literary Review setiap tahun. Setiap tahun, Literary Review akan memilih karya-karya yang mengandungi babak seks yang dinilai sebagai babak seks terburuk dalam sesebuah novel.
Baru-baru ini. Literary Review telah mengumumkan Ben Okri sebagai penerima anugerah untuk tahun 2014 melalui novel beliau The Age of Magic. Ben Okri bukanlah seorang penulis yang calang-calang. Beliau pernah menerima Hadiah Booker pada tahun 1991 dan juga hadiah-hadiah lain sepertima Hadiah Penulis Komanwel dan Hadiah Fiksyen Guardian. Pengumuman Ben Okri sebagai penerima Anugerah untuk tahun dilakukan pada 3hb Disember yang lepas yang mana majlis pengumuman telah dihadiri oleh lebih 400 orang tetamu.
Antara penulis lain yang turut tercalon adalah termasuk penerima Hadiah Booker untuk tahun ini iaitu Richard Flannagan melalui novel The Narrow Road to the Deep North dan juga Haruki Murakami melalui novel Colorless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage.
***