Anda tentunya seorang penulis yang bergaya apabila anda telah menulis sebuah novel tentang seorang kaki membeli belah tegar yang telah terjual berjuta naskah dan diadaptasi ke filem oleh Hollywood.
Jadi apabila penulis siri novel Shopaholic iaitu Sophie Kinsella singgah di rancangan televisyen Steven and Chris yang disiarkan di stesyen televisyen Kanada, mereka sudah tentunya berminat untuk mengetahui apakah barang yang dibawa oleh Kinsella di dalam tas tangannya.
Benda pertama yang dibawa keluar oleh Kinsella adalah buku nota ringkas. Sambil itu, Kinsella memberikan nasihat dan panduan kepada mereka yang bercita-cita menjadi penulis. Kinsella menyatakan
Kamu tidak boleh menjadi seorang penulis jika kamu keluar dan tidak membawa buku nota bersama kamu. Malah ketika saya berjalan pun saya akan mengeluarkan buku nota dan mencatat sesuatu. Kadang-kadang saya akan menghantar e-mel kepada diri saya sendiri menggunakan Blackberry saya tetapi kamu perlukan sesuatu untuk membuat catatan kerana idea-idea selalunya datang dan pergi dengan serta-merta.
Beliau juga mempunyai beberapa barang lain di dalam tas tangan beliau yang mempunyai kaitan dengan penulisan. Tas tangan beliau sendiri pun sebenarnya direka oleh Tiffany Lerman yang merupakan anak perempuan kepada penulis tersohor Jackie Collins. Kinsella juga memakai cincin yang pada asalanya dimiliki oleh penulis lagenda Agatha Christie.
"Suami saya nampak cincin ini dijual dan dia tahu saya sangat meminati Agatha Christie" kata beliau.
***
Sumber: CBC