Berbanding dalam dunia seni, Salvador Dali mungkin satu sosok yang asing dalam dunia buku. Tetapi tahukah anda Dali juga pernah menerbitkan buku dan sama seperti "kepelikan" seni beliau, buku yang beliau terbitkan juga mungkin tidak dijangka oleh ramai orang iaitu buku masakan.
Pada tahun 1973, Dali menerbitkan sebuah buku masakan berjudul Les Diners de Gala yang dihiasi dengan ilustrasi hasil kreativiti Dali sendiri. Buku yang dibahagikan kepada 12 bab ini membincangkan pelbagai jenis dan sumber makanan seperti kerang dan makanan untuk menguatkan tenaga batin.
Buku masakan ini merupakan antara buku yang dimuatkan di dalam buku masakan yang bakal diterbitkan oleh Phaidon yang disunting oleh Florian Bohm dan Annahita Kamali.
***
Sumber: Huffington Post