Pada bulan Ogos 2014, buku komik Action Comics 1 karya Jerry Siegel dan Joe Shuster mencipta rekod sebagai buku termahal untuk tahun 2014 apabila ia berjaya dijual pada harga 3.2 juta Dollar Amerika. Baru-baru ini pula, Abe Books tampil dengan senarai 50 termahal yang mereka berjaya jual sepanjang tahun 2014.
Mengikut senarai yang diterbitkan oleh Abe Books, buku kompilasi poster Les Maîtres de L’Affiche sebanyak 5 jilid telah berjaya dijual pada harga 43,350 Dollar Amerika. Di tempat kedua pula adalah naskah buku Das Kapital tulisan Karl Marx yang berjaya dijual pada harga 40,000 Dollar Amerika. Mengikut Abe Books, naskah ini merupakan satu-satunya naskah yang diterbitkan pada ketika Karl Marx masih hidup yang masih wujud.
Turut tersenarai adalah novel Alice's Adventures in Wonderland yang memiliki ilustrasi karya Salvador Dali yang dijual pada harga 20,000 Dollar Amerika yang mana menurut Abe Books hanya terdapat 2,500 naskah sahaja yang dicetak.
Untuk melihat senarai penuh, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Abe Books