Pada tahun 2009, Sonia Verjovsky dan abang beliau Alberto telah membuka sebuah kedai buku yang diberi nama Catarina Marina sempena satu bait puisi yang ditulis secara spontan oleh anak lelaki beliau. Ketika kedai buku ini baru hendak mula mengaut keuntungan, ia telah menerima anugerah kedai buku kebangsaan yang diberikan di Pesta Buku Guadalajara (FIL) yang diadakan pada 01 Disember setiap tahun.
Ketika ditemubual oleh Publishing Perspective di kedai bukunya yang terletak di badnar Cuernavaca, Verjovsky menyatakan "salah satu sebab utama saya membuka kedai buku ini adalah kerana saya mempunyai seorang anak lelaki dan ianya juga mungkin antara sebab utama di sebalik projek-projek kebudayaan yang lain. Ia sangat peribadi."
Verjovsky seterusnya menyatakan "ketika kami berpindah ke Cuernavaca, tidak terdapat langsung kedai buku kanak-kanak di sini. Saya memang sejak dari dulu lagi menyukai buku-buku sastera kanak-kanak, buku bergambar dan bahasa visualnya. Saya bekerja agak lama sebagai seorang penyunting dan saya tahu terdapat perkembangan yang banyak dalam sastera kanak-kanak di Mexico dan terdapat banyak penerbit-penerbit baru tetapi ianya begitu sukar untuk mendapatkan buku-buku seperti ini. Saya tahu Cuernavaca adalah tempat yang masih dalam proses pembangunan dan ia mungkin boleh menjadi satu tempat yang menarik untuk membuka sebuah kedai buku dikala banyak kedai buku yang lain gulung tikar."
Ketika ini, hanya terdapat kira-kira 500 buah kedai buku persendirian di seluruh Mexico yang memiliki jumlah penduduk sebanyak 120 juta orang dan salah satu tujuan mewujudkan anugerah kedai buku kebangsaan adalah untuk memastikan kedai-kedai buku ini dapat terus bertahan.
FIL dan institut pembangunan kedai buku kebangsaan telah menaja hadiah ini sebanyak USD14,500 yang mana ia adalah jumlah yang sama yang dihabiskan oleh Verjovsky untuk membuka kedai buku Catarina Marina.
Menurut Verjovsky lagi, Cuernavca nampak seperti kombinasi sempurna untuk membuka sebuah kedai buku kanak-kanak. "Ia sebuah bandar kecil yang didiami oleh keluarga yang mahu membesarkan anak mereka dengan suasana budaya yang meriah, sekolah dwibahasa dan memiliki ahli kajian yang secara per-kapitanya paling ramai di Mexico dan juga ahli-ahli akademik yang bekerja di bahagian kajian di universiti kebangsaan (UNAM)."
"Kami menjumpai bangunan kedai yang kami rasakan selamat dan selesa untuk kanak-kanak yang pada asalnya adalah sebuah pusat membeli-belah lama dan memiliki sewa yang rendah."
Walaupun idea untuk membuka kedai buku ini nampak menarik di atas kertas, realitinya ia amat sukar.
"Terdapat beberapa isu. Kita selalunya membuat sesuatu projek sebagai seorang idealis tanpa sebarang pengalaman dalam pengurusan dan pengendalian perniagaan. Jadi memang mudah kita dibuai-buai oleh idealisme kita. Industri penerbitan susah untuk memberi kepercayaan kepada sebuah kedai yang kecil dalam sebuah negara yang mempunyai kadar buta huruf yang tinggi dan buku tidak dinilai sama seperti negara-negara lain. Tetapi kini ia berubah sedikit demi sedikit" terang Verjovsky.
Mencipta Ruang Membaca
Menurut statistik dari agensi statistik kebangsaan (INEGI), lebih kurang 6% daripada mereka yang berusia lebih 15 tahun adalah buta huruf. Angka ini masih kekal statik sejak sedekad lalu.
"Ibu-bapa perlukan panduan ketika memilih buku untuk anak-anak mereka kerana mereka tidak membaca buku ketika kecil dan sebahagian daripada idea mewujudkan kedai buku ini adalah untuk memberi peluang kepada ibu-bapa supaya mereka boleh datang dan bertanya" kata Verjovsky.
"Ia sangat menarik kerana syarikat-syarikat penerbitan persendirian yang kecil merupakan penyokong utama kami sepanjang masa ini dan mereka mengirimkan kepada kami buku-buku seperti Ediciones Tecolote, El Naranjo and Nostra Ediciones. Hanya baru-baru ini kedai-kedai buku perdana mula mewujudkan rak untuk buku-buku alternatif."
Satu lagi cabaran menjual buku adalah buku kanak-kanak yang dikirimkan oleh penerbit dibungkus di dalam plastik dan ia menghalang pengunjung untuk membelek isi kandungan buku yang merupakan antara faktor utama untuk menentukan samada seseorang pengunjung akan membeli buku untuk anak-anak mereka.
"Perkara ini saya hanya pernah lihat di Mexico dan ia adalah perkara yang sangat buruk kerana ia menjadikan buku sebagai satu objek dan akan ditinggalkan begitu sahaja di raknya. Buku kanak-kanak pula secara khususnya adalah buku yang sangat kreatif dan inovatif dengan material-material baru dan tekstur dan format yang menarik. Jadi anda perlu mempunyai peluang untuk membuka buku-buku seperti ini. Membeli buku juga adalah satu pengalaman yang perlu dikongsi bersama oleh ibu-bapa dan anak-anak mereka. Apabila mereka sama-sama memilih sesebuah buku untuk dibaca bersama, ia dapat memberikan makna kepada mereka dan ia akan menjadi satu pengalaman yang sangat intim" kata Verjovsky.
"Keseluruhan proses untuk menghantar semula buku adalah panjang dan memakan kos dan ia mengimbau semula proses pada kurun ke 19" kata Verjovsky lagi.
Verjovsky juga menyatakan tentang salah faham ibu-bapa tentang kesesuaian sesebuah buku untuk anak-anak mereka di mana mereka selalu menilai samada buku tersebut terlalu muda atau muda untuk anak-anak meerka.
"Banyak buku yang mempunyai ilustrasi yang menarik dan turutan naratif yang mungkin sekadar ilustrasi sahaja dan ianya adalah sesuatu yang menarik bagi buku kanak-kanak kerana kamu boleh mencipta hubungan visual terutamanya dalam masyarakat yang buta huruf dan elemen-elemen visual selalunya menjadi pilihan utama berbanding perkataan."
Salah satu polisi kedai buku beliau adalah larangan menjual cenderamata seperti filem atau rancangan kartun atau produk-produk sampingan dalam usaha mereka untuk menggalakkan kepelbagaian cita rasa.
"Terdapat raksasa yang mempunyai jaringan pasaran yang menyokong mereka dan kanak-kanak selalunya akan terus pergi kepada mereka" kata Sonia. "Ia amat menyedihkan banyak syarikat penerbitan kecil yang menghasilkan buku-buku yang amat menarik dan rumit yang membolehkan seorang kanak-kanak mencipta hubungan dengan buku-buku ini sepanjang hidup mereka."
Melahirkan Pembaca Masa Depan
Salah satu idea lain dalam menubuhkan kedai buku ini adalah untuk mencipta ruang membaca bagi kanak-kanak.
"Kami merasakan ia sesuatu yang amat bermanfaat untuk mencipta komuniti masyarakat, ibu-bapa, datuk-nenek dan kanak-kanak yang boleh berkumpul di satu tempat di mana mereka tidak perlu membeli tiket untuk masuk dan dapat merasai kegembiraan membeli buku secara fizikal berbanding membelinya di atas talian. Ia boleh menjadi satu acara sosial kerana menjadi ibu-bapa selalunya adalah begitu sunyi terutamanya kepada si ibu" kata Verjovsky.
"Sebagai contoh, kami mempunyai kumpulan ibu menyusu. Terdapat kaitan antara menyusukan anak dan membaca. Si ibu boleh memberi makanan kepada anaknya dan pada masa yang sama si ibu boleh memberi makanan kepada jiwanya. Kami juga berharap dapat membuat bengkel penghasilan buku untuk kanak-kanak dan menjadi hos untuk para pencerita dan membuat acara bacaan buku.
"Ia juga adalah satu tempat di mana kanak-kanak boleh datang dan melukis. Jadi selain daripada menjual buku, kami juga mencipta ruang untuk kanak-kanak."
Jualan buku di kedai buku ini meningkat secara perlahan-lahan dan ia sudah mula mendapat pulangan selepas lima tahun di buka. Tiga rakan kongsi kedai buku ini iaitu adik-beradik Verjovsky dan rakan kongsi ketiga yang berpengalaman dalam industri penerbitan buku mempunyai kerja harian yang lain. Verjovsky sendiri adalah seorang penterjemah.
"Ia adalah proses yang perlahan dan ia adalah satu bidang pemasaran yang memerlukan kesabaran tetapi kami sudah mula menjalin hubungan dengan sekolah dan pesta-pesta buku. Kami hanya membelanjakan sedikit wang untuk publisiti."
"Kami lebih banyak mnejual buku bergambar berbanding buku lain kerana majoriti pelanggan kami adalah ibu-bapa yang mempunyai anak yang masih kecil"
"Satu lagi cabaran adalah kanak-kanak membesar dengan cepat. Jadi kami perlu sentiasa mencari pelanggan baru dan mewujudkan bahagian novel remaja membolehkan kami menjual buku kepada kanak-kanak ini ketika mereka sudah besar" terang Verjovsky.
"Kami juga cuba menunjukkan kepada ibu-bapa tentang bagaimana untuk mengajar anak-anak mereka menjaga sesebuah buku. Kanak-kanak yang selalu menerima buku sebagai hadiah selalunya akan menjadi seorang pembaca. Jadi ia amat penting untuk seorang kanak-kanak untuk mempunyai perpustakaan mereka sendiri di rumah. Justeru itu ibu-bapa perlu tahu tentang kepentingan melabur terhadap buku."
"Ia adalah proses yang perlahan dan ia adalah satu bidang pemasaran yang memerlukan kesabaran tetapi kami sudah mula menjalin hubungan dengan sekolah dan pesta-pesta buku. Kami hanya membelanjakan sedikit wang untuk publisiti."
"Kami lebih banyak mnejual buku bergambar berbanding buku lain kerana majoriti pelanggan kami adalah ibu-bapa yang mempunyai anak yang masih kecil"
"Satu lagi cabaran adalah kanak-kanak membesar dengan cepat. Jadi kami perlu sentiasa mencari pelanggan baru dan mewujudkan bahagian novel remaja membolehkan kami menjual buku kepada kanak-kanak ini ketika mereka sudah besar" terang Verjovsky.
"Kami juga cuba menunjukkan kepada ibu-bapa tentang bagaimana untuk mengajar anak-anak mereka menjaga sesebuah buku. Kanak-kanak yang selalu menerima buku sebagai hadiah selalunya akan menjadi seorang pembaca. Jadi ia amat penting untuk seorang kanak-kanak untuk mempunyai perpustakaan mereka sendiri di rumah. Justeru itu ibu-bapa perlu tahu tentang kepentingan melabur terhadap buku."
Setakat ini, kedai buku ini masih belum menawarkan khidmat pembelian secara atas talian tetapi ia mungkin bakal diwujudkan dengan mengambilkira perkembangan saiz populasi pembaca buku kanak-kanak dalam bahasa Sepanyol di Amerika yang boleh dilihat dengan jelas menerusi pesta buku yang dianjurkan di Los Angeles.
Kedai buku ini juga sedang meningkatkan jumlah buku dalam bahasa Inggeris.
"Siri novel Harry Potter memberi kesan yang begitu mendalam terhadap tabiat membaca kanak-kanak dan ini membuatkan mereka untuk mencari buku-buku cerita lain yang mempunyai cerita yang lebih kurang sama. Jadi mereka boleh mengambil manfaat dari tradisi panjang buku sastera kanak-kanak Inggeris. Kami amat berterima kasih kepada J.K. Rowling."
***
Ini adalah terjemahan artikel tulisan Adam Critchley yang diterbitkan oleh Publishing Perspectives pada 2hb Disember 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI