Tarikan sesebuah buku bukan sahaja kerana isi kandungannya malah juga kerana rekaan kulit atau jaketnya. Baru-baru ini, Steven Heller telah menyumbang satu esei berkenaan jaket buku di Iran yang dimuatkan di dalam sebuah buku berjudul VITRINE: A Collection of Essays on the History of Book Cover Design in Iran & A Selection of 35 Years of Contemporary Iranian Book Cover yang diterbitkan di Iran dalam bahasa Parsi.
Menurut Heller, beliau mengalami sedikit kesukaran dalam menulis eseinya kerana beliau tidak memahami bahasa Parsi tetapi menurut Heller lagi, beliau pada hakikatnya tidak mahu mempelajari bahasa Parsi. Bagi Heller, ini membolehkannya untuk berasa lebih bebas dalam menilai seni jaket buku tanpa sebarang prejudis. Berikut adalah antara beberapa jaket buku pilihan Heller yang dimuatkan di dalam esei beliau.
Buat masa ini, buku yang memuatkan esei Heller ini hanya boleh dibeli di Iran dan dikhabarkan perbincangan sedang dijalankan bagi membolehkan buku ini dibeli melalui laman sesawang Amazon.
***
Sumber: Print Mag