Ramai yang bersedih ketika kedai buku Rizzoli yang terletak di 57th Street, Manhattan di tutup pada tahun ini. Kedai buku ini adalah antara kedai elegen terakhir yang wujud di kota Manhattan. Tetapi hakikatnya kedai buku Rizolli ini bukanlah kedai buku Rizolli asal yang pada awalnya dibuka di 712 Fifth Avenue pada tahun 1960an. Kedai buku asal Rizolli tersebut merupakan kedai buku ne plus ultra atau kedai buku terhebat yang pernah wujud di Amerika. Sesiapa yang pernah bekerja di kedai buku itu sudah tentunya tahu bagaimana uniknya kedai buku tersebut.
Kedai buku tersebut pada asalnya dibuka oleh Angelo Rizzoli yang mempunyai empayar syarikat suratkhabar, majalah, stesyen radio dan televisyen di Itali. Beliau membuka kedai buku tersebut sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan buku dan budaya dari Itali kepada penduduk Manhattan.
Kedai buku tersebut memang berjaya menampilkan wajah "terbaik" negara Itali. Ia terletak di antara 55th dan 56th Street yang digelar sebagai kawasan Jutawan di mana kedai buku Rizzoli berjiran dengan kedai permata Harry Winston dan berhadapan dengan kedai barang kemas Tiffany's. Jika ada sesiapa yang menalifon untuk bertanyakan arah, pasti mereka akan diberitahu kedai buku Rizzoli terletak di Fifth Avenue diantara Plaza dan St. Regis. Jika ada yang bertanyakan lebih lanjut, pasti ganggang talifon akan diletakkan.
Apabila seseorang melangkah masuk ke dalam kedai buku tersebut, mereka akan disambut dengan hasil senibina Itali. Lantai kedai buku dipasang dengan marmar berwarna hijau gelap, hitam dan putih dan terdapat candelier Venetian berserta rak-rak buku kayu yang dibina dengan begitu berseni. Setiap perincian di dalam kedai buku tersebut bukan sahaja sempurna malah merupakan satu hasil seni yang indah. Ia sememangnya berbeza dengan kedai-kedai buku yang lain.
Balkoni kedai buku ini juga dibina dengan tangan menggunakan kayu-kayu yang di import yang bersambung dengan ruang utama yang menempatkan bahagian rekod muzik dan seterusnya membenarkan alunan-alunan muzik indah dari Vivaldi dan Albinoni bergema di seluruh kedai buku. Satu lagi bahagian menempatkan meja pengurus dan tangga yang menuju ke bahagian yang dikenali sebagai piece de resistence kedai buku ini iaitu galeri seninya.

Inspirasi utama kedai rekaan kedai buku tersebut datang dari seorang wanita bernama Natalia Murray. Beliau merupakan seorang pelakon wanita Itali dan berkahwin dengan salah seorang pengasas William Morris Agency. Beliau berpindah ke kota Paris pada tahun 1930an di mana beliau menyertai lingkungan sahabat-sahabat Gertrude Stein. Beliau telah berkenalan dengan Janet Flanner yang merupakan koresponden New Yorker yang cukup terkenal selama tiga dekad. Anak Natalia pula iaitu William Jr merupakan penulis novel yang terkenal.
Dengan membariskan individu-individu yang cukup terkenal, kedai buku tersebut di buka dengan barisan pelanggannya yang tersendiri dan ia memiliki kakitangan yang mempunyai kepakaran yang sangat berbeza dengan kedai buku yang lain. Untuk diambil bekerja di kedai buku tersebut, seseorang perlu mahir bertutur paling minimum tiga bahasa. Tidak mengejutkan kakitangan kedai buku ini membariskan individu yang agak hebat dan unik seperti Viki Roth, Dennis Sanders, John
Brancati.
Kakitangan sebegini memang diperlukan kerana jika orang biasa diambil bekerja, pasti mereka akan berasa gemuruh berhadapan dengan pelanggan-pelanggan kedai buku tersebut seperti Salvador Dali, John Lennon, Mick Jagger dan Elton John.
Walaupun begitu, kedai buku ini juga seperti kedai buku lain yang menjalankan perniagaan menjual buku. Sudah tentunya mereka juga perlu melayan karenah pelanggan-pelanggan seperti Orianna Fallaci yang merupakan wartawan terkenal di syarikat milik Angelo Rizzoli yang selalu hadir ke kedai buku tersebut dan membuat permintaan-permintaan sukar dipenuhi.
Tidak berapa lama selepas kedai buku tersebut di buka, beberapa cawangan lagi mula diwujudkan seperti di Union Square dan tujuh buah lagi cawagan di sekitar Amerika.
***
Sumber: The Daily Beast