Ketika saya di tahun-tahun terakhir saya di kolej dan menghampiri alam universiti, saya terbaca satu esei di New York Times Book Review. Penulis esei adalah seorang penyajak bernama Mark Strand yang saya tidak kenali tetapi tajuk eseinya menarik perhatian saya. "Perlahankan Diri Untuk Puisi". Ia adalah mantra yang saya ingin pegang walaupun hidup saya boleh dikatakan keseluruhannya bergerak dengan pantas.
Ketika saya mula berjinak-jinak membaca puisi, saya memang tidak tahu akan kepentingannya dan saya begitu terkejut apabila mengetahui penulis esei ini dipilih sebagai Penyajak Kebangsaan Amerika pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1990. Ini adalah pengenalan pertama saya kepada penyajak yang mana kemudiannya menjadi penyajak kegemaran saya selama lebih dua dekad dan eseinya inilah saya sering baca berulang kali. Apabila saya mengetahui Mark Strand meninggal dunia pada hari sabtu yang lepas, saya membuka kembali mukasurat-mukasarat esei ini yang sudahpun rapuh.
Dalam esei ini, Strand menceritakan bagaimana dia mula berminat untuk menulis puisi ketika masuk ke kolej. Ibunya menentang minatnya kerana ibunya mahukan beliau menjadi seorang doktor atau peguam. Walaubagaimanapun, Strand tidak menyerah kalah. Sebaliknya dia cuba berkongsi minatnya menulis puisi dengan ibunya. Ibunya tertidur ketika Strand membaca puisi tulisan Wallace Stevens.
Tetapi beberapa tahun kemudian, ibu Strand meninggal dunia pada masa yang sama ketika puisi pertama Strand diterbitkan. Ayahnya cuba memahami bait-bait puisi Strand ketika beliau masih dalam kesedihan. Ayahnya tidak memahami puisi Strand tetapi beliau tahu beliau memang tidak perlu untuk memahaminya. Puisi tersebut membolehkan beliau untuk "memiliki kehilangan dan bukan dimiliki kehilangan."

Terdapat rahsia di sebalik bahasa puisi yang masih tersimpan di sebalik hitam putihnya. Bait-baitnya menyampaikan makna yang lebih dari apa yang disampaikannya seolah-olah setiap perkataannya mempunyai magis yang tersendiri tetapi pada masa yang sama ia tidak membenarkan kita untuk menggapainya. Makna ini disimpan dan jika kita meluangkan masa untuk membacanya perlahan-lahan, ia akan didedahkan secara sedikit demi sedikit. Kita telah sedia maklum tentang kaitan diantara perkataan dan kematian, bahasa rahsia dan hubungan kekeluargaan dan perkara yang diketahui dan tidak diketahui yang mana kesemuanya berada dalam alam puisi. Puisi adalah seperti satu ritual dan jarang sekali memisahkan dirinya dari ritual. Ia merasmikan emosi dan paling tidak pun mencipta peraturan di tengah-tengah kekalutan.
Strand mengakhiri eseinya dengan satu perenggan yang tidak pernah gagal untuk membuatkan saya menitiskan air mata.
Jika ayah saya hidup lebih lama, mungkin dia menjadi salah seorang pembaca puisi saya. Dia telah menemui kepentingan membaca puisi. Apa yang dia perlukan bukanlah puisi saya tetapi bahasa puisi yang mempunyai cara tersendiri untuk membuatkannya ianya masuk akal. Walaupun selepas bertahun-tahun lamanya, kadang-kadang saya masih merasakan bahawa ayah saya pasti gembira jika saya menulis puisi dengan baik. Saya juga merasakan bahawa jika ibu saya mendengar puisi-puisi saya, pasti dia akan terjaga dari tidur yang sekejap dan memberikan keizinan kepada saya untuk meneruskan cita-cita saya untuk menjadi seorang penulis puisi.
Walaupun Strand telah tiada lagi, kata-katanya masih terus kekal dan diingati. Apologia puisinya masih terpakai sehingga ke hari ini. Ia memberitahu kita bagaimana puisi "mendorong kita menikmati setiap perkataannya secara perlahan-lahan." Pada masa yang sama, beliau sedar tentang kesukaran untuk melakukan perkara ini: "Siapakah yang mahu mendorong seseorang untuk menyukai sesuatu yang perlahan dalam suasana masyarakat yang lebih menyukai pembacaan yang pantas, makanan segera, berita 10 saat dan perkataan-perkataan yang dipendekkan?"
Puisi tidak memberikan kita "13 Tips Untuk Hidup Yang Lebih Baik" atau "7 Cara Untuk Menjadi Gembira" atau apa-apa senarai bahan yang boleh digaul, dibakar dan dihidangkan. Sebaliknya, puisi memberikan kita perkakas untuk mencari sisi kehidupan dan kematian dan juga sisi yang memisahkan kita. Strand memberikan kita perkataan-perkataan untuk memiliki kehilangannya.
***
Ini adalah terjemahan artikel tulisan S. Brent Plate yang diterbitkan oleh Killing The Buddha. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI