Peta bukan sekadar tentang keluasan sesuatu tempat. Ia juga merupakan rekod tentang bagaimana manusia memahami, meneliti dan menilai semula sejarah kehidupan di muka bumi. Dalam buku terbarunya berjudul Great Maps, Jerry Brotton menggunakan lebih 60 detik-detik penting dalam ketamadunan manusia untuk membawa kita menyusuri asal-usul kartografinya.
"Sebuah peta bukan sahaja tentang ruang, ia juga adalah tentang masa" kata Brotton yang merupakan seorang profesar pengajian Renaissance (Pembaharuan) di Kolej Queen Mary di London. Ia bercerita tentang seluas mana sebuah ketamadunan yang hebat atau apakah kepercayaan sesebuah masyarakat tentang kedudukan bumi di alam semesta. Bagi Brotton, antara kisah peta yang mengujakan adalah tentang bagaimana manusia menyelesaikan permasalah kartografi yang rumit. Sebagai contoh, mengukur sesuatu ruang adalah inovasi yang sering dipandang remeh, tetapi ia merupakan permasalahan yang mengambil masa yang cukup lama untuk diselesaikan. Tidak kira bila atau dimana mereka dilahirkan, pelaut-pelaut sentiasa memerlukan peralatan untuk membantu mereka belayar dengan selamat dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan ini merupakan motivasi utama untuk mencipta kaedah tepat untuk mengukur sesuatu ruang. Di barat, kaedah yang digunakan berkembang melalui penggunaan sistem garisan plotemi iaitu dengan menggunakan kaedah ukuran latitud dan longitud, kompas, dan garisan béring seperti didalam peta Carte Pisan.
![]() |
Peta Carte Pisan |
Budaya-budaya lain pula mempunyai cara mereka tersendiri untuk menyelesaikan masalah untuk memandu arah pelayaran mereka di laut seperti menggunakan carta bilah kayu (stick charts) yang digunakan oleh penduduk di kepulauan Pasifik untuk menjajah beratus pulau-pulau terpencil.
![]() |
Carta bilah kayu (stick charts) |
Brotton menerangkan beliau sangat berhati-hati dalam memilih peta yang dimasukkan didalam bukunya untuk membolehkan beliau menekankan kepentingan kisah disebalik peta-peta tersebut. "Apabila anda menulis sebuah buku yang diberi tajuk Great Maps, pembaca-pembaca yang mahir tentang peta akan menjangkakan yang mereka akan dapat melihat peta-peta yang penting" terang Brotton sambil menyenaraikan peta-peta Ptolemy dan Mercator sebagai peta-peta terkemuka. "Tetapi pada masa yang sama, saya juga mahu bercerita tentang peta-peta ini." kata Brotton.
Melalui cara ini, buku Great Maps mempunyai skop yang lebih luas daripada buku Brotton yang terdahulu iaitu A History of the World in 12 Maps. Tema yang sama masih digunakan iaitu tentang peta dengan tambahan maklumat tentang kedudukan geografi dan pada masa yang sama ia juga mengkhianati nilai dan keberat sebelahan pelukis peta-peta tersebut.
"Peta-peta dari Eropah diketahui lebih objektif dan saintifik dari kaedah pemetaan lain" kata Brotton kerana ia merupakan produk sampingan negara Eropah yang mempunyai cita-cita untuk menjajah negara lain. "tetapi budaya pemetaan Islam tidak berminat untuk menjajah tempat-tempat baru dan peta mereka menekanakan tentang penyatuan empayar dan idea-idea kebudayaannya. "begitu juga dengan budaya Cina dan Korea yang secara relatifnya lebih terasing dan peta-peta mereka lebih memberi fokus tentang harmoni budaya kerana mereka percaya lanskap sesuatu tempat mempunyai kesan terhadap harmoni ini dan peta-peta mereka memberi tumpuan utama kepada susunan sungai dan ciri-ciri semulajadi yang lain" kata Brotton lagi.
Setiap budaya mempunyai perkataan mereka sendiri mengenai kaedah-kaedah untuk melihat dunia dari atas. Di barat, perkataan "map" datang dari perkataan Latin iaitu "mappa" yang bermaksud kain alas atau kain lap. Dalam perkataan Arab, peta dikenali sebagai "surah" yang bermaksud angka dan dalam bahasa Cina pula ia dikenali sebagai "tu" yang secara amnya bermaksud sebuah gambar rajah.
"Kesemua perkataan ini membawa manifestasi yang sedikit berbeza dari apa yang difahami oleh barat tentang definisi sebuah peta" kata Brotton. "Dan semuanya mempunyai hubungkait untuk menunjukkan bagaimana mereka melihat dunia."
***