Dalam kita sibuk berdebat tentang buku fizikal dan buku elektronik, kita sebenarnya masih kabur tentang masa depan sebenar buku. Mungkinkah buku fizikal akan terus kekal atau diambil alih oleh buku elektronik atau mungkinkah akan wujud medium buku atau bahan bacaan yang baru?
Dua orang professor dalam bidang seni dari Universiti Michigan iaitu Leslie Atzmon dan Ryan Molloy cuba merungkai jawapan kepada masa depan buku dengan mewujudkan satu projek khas yang dikenali sebagai Open Book Project.
Pada tahun 2012, selepas membuat pameran Buku Terbuka (Open Book Exhibition), mereka telah menerima geran sebanyak USD35,000 untuk mengatur siri bengkel buku eksperimental. Beberapa pereka jemputan telah dijemput untuk terlibat dalam bengkel tersebut seperti Denis Gonzales Crisp, Chris Baker, Danielle Aubert dan beberapa orang lagi. Tujuan bengkel-bengkel ini diadakan adalah melihat apakah definasi rekaan sebuah buku klasik dan apakah rekaan buku yang mungkin akan wujud pada masa depan. Antara rekaan-rekaan buku yang dihasilkan adalah seperti berikut:
Jadi apa pendapat anda tentang masa depan buku?
***
Sumber: The Atlantic