Setiap ibu-bapa yang mempunyai anak kecil atau yang sedang meningkat remaja pasti mahukan anak mereka mempunyai minat membaca buku. Tetapi selalunya amat susah mengetahui apakah bentuk atau jenis bahan bacaan yang mereka minati.
Atas sebab itu, baru-baru ini Scholastic telah menjalankan kajian terhadap 1,000 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 6 tahun hingga 17 tahun untuk mengetahui antaranya tabiat membaca mereka dan juga apakah genre kegemaran mereka.
Maklumat lengkap mengenai kajian yang dijalankan ini hanya akan diterbitkan pada bulan hadapan tetapi hasil awal kajian yang dijalankan dan diterbitkan dalam bentuk infografik mendapati 70 peratus responden memilih genre jenaka sebagai genre kegemaran mereka berbanding 43 peratus yang memilih genre misteri ataupun buku yang mengandungi masalah yang boleh mereka selesaikan.
Hasil kajian awal juga mendapati kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 8 tahun lebih meminati buku yang memiliki karekter menyerupai mereka manakala responden yang berusia 15 hingga 17 tahun pula memilih buku yang boleh membuatkan mereka melupakan sementara kehidupan sebenar mereka.
Untuk melihat infografik lengkap, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Publishers Weekly
Sumber gambar: google image