TIGA SOALAN


Pada satu hari, seorang raja tiba-tiba terfikir bahawa jika dia sentiasa tahu bila waktu yang sesuai untuk memulakan sesuatu, siapa yang dia patut dengar, siapa yang dia patut jauhi dan yang paling utama apa perkara paling penting dia perlu buat; maka dia tidak akan gagal dalam apa saja tugas yang perlu dilakukannya.

Selepas dia berfikir tentang perkara ini, dia mengumumkan kepada seluruh rakyatnya bahawa dia akan memberikan hadiah kepada sesiapa yang mampu mengajarnya tentang bilakah masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu, siapakah orang paling penting dan apakah perkara paling penting yang dia perlu lakukan.

Maka ramailah bijak pandai datang menemui si raja tetapi mereka semua memberikan jawapan yang berbeza kepada soalannya. Untuk soalan pertama, ada yang menjawab bahawa jika seseorang ingin tahu bilakah masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu, maka dia perlu merancangnya lebih awal, samada sehari, sebulan atau setahun awal dan seseorang mengikuti cara ini dengan ketat. Hanya dengan cara ini seseorang boleh melakukan sesuatu perkara mengikut masa yang betul. Ada pula yang menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menentukan lebih awal bilakah masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu. Seseorang perlu mengelak daripada membazirkan masanya dan melakukan perkara-perkara penting dengan segera. Yang lain pula mengatakan tidak kira bagaimana raja tersebut memberi perhatian sepenuhnya terhadap apa yang berlaku disekelilingya, adalah mustahil untuk seseorang menentukan bilakah masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya raja tersebut perlu melantik sekumpulan bijak pandai yang boleh menolongnya untuk menentukan bilakah masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu.

Tetapi ada pula yang menyatakan ada perkara-perkara yang perlu diputuskan dengan serta merta tanpa menunggu keputusan dari kumpulan bijak pandai tersebut. Tetapi untuk memutuskan perkara tersebut, seseorang perlu tahu lebih awal apa yang bakal berlaku. Hanya ahli sihir yang mempunyai kebolehan tersebut dan justeru itu, seseorang perlu mendapat khidmat nasihat daripada ahli sihir.

Jawapan yang berbeza turut diterima oleh si raja untuk soalan kedua iaitu siapakah orang paling penting. Ada yang menyatakan apa yang paling diperlukan oleh si raja adalah penasihat. Yang lain pula mencadangkan paderi, doktor dan juga pahlawan-pahlawan. 

Untuk soalan ketiga, iaitu apakah perkara paling penting: ada yang menjawab perkara paling penting di dunia adalah sains. Yang lain pula menjawab kemahiran berperang dan selebihnya menjawab menyembah tuhan.

Kerana jawapan yang diberikan berbeza, maka raja tersebut memutuskan untuk tidak memberikan hadiah kepada sesiapa. Tetapi dia masih berharap untuk menjumpai jawapan sebenar kepada soalan-soalannya. Dia kemudian memutuskan untuk berjumpa dengan seorang pertapa yang begitu terkenal dengan kebijaksanaannya.

Pertapa tersebut tinggal di dalam hutan seorang diri dan dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa kecuali orang-orang biasa. Jadi raja tersebut pergi berjumpa dengannya dengan memakai pakaian biasa dan ketika dia hampir sampai ketempat tinggal si pertapa tersebut, dia turun dari kudanya dan menyuruh pengawal-pengawalnya untuk tidak mengikutinya dan dia pergi berjumpa dengan si pertapa tersebut seorang diri.

Ketika raja tersebut sampai, si pertapa sedang menggali tanah di hadapan pondoknya. Apabila dia ternampak si raja,  si pertapa tersebut memberikan salam dan meneruskan kerja menggali tanahnya. Si pertapa tersebut sudah tua dan lemah dan setiap kali dia mencangkul tanah dan mengaut tanah, dia akan mengeluh dengan kuat.

Raja tersebut menghampirinya dan berkata: "Saya datang menemui kamu wahai si pertapa yang bijaksana untuk bertanya tiga soalan: bagaimanakah saya boleh tahu bilakah masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu? Siapakah orang paling penting yang saya perlukan dan kepada siapa yang saya perlu berikan perhatian yang lebih? Dan juga apakah perkara penting yang perlu mendapat perhatian paling utama dari saya?" Si pertapa mendengar  pertanyaan si raja tetapi tidak menjawab apa-apa. Dia meludah  tapak tangannya dan meneruskan kerja menggali tanah. 

"Kamu nampak letih." kata si raja.  "Berikan saya cangkul tersebut dan biar saya melakukannya untuk seketika."

"Terima kasih!" kata si pertapa dan diapun memberikan cangkul kepada raja tersebut dan duduk di atas tanah.

Selepas dia menggali dua batas tanah, si raja berhenti dan mengulangi soalannya. Sekali lagi si pertapa tersebut tidak memberikan sebarang jawapan. Sebaliknya dia bangun dan menghulurkan tangannya untuk mengambil cangkul dan berkata:

"Sekarang kamu boleh berehat sekejap dan biarkan saya bekerja seketika."

Tetapi raja tersebut tidak memberikan cangkul di tangannya dan terus menggali tanah tersebut tanpa henti. Ketika matahari hampir terbenam, si raja meletakkan cangkul di tanah dan berkata:

"Saya datang kepada kamu wahai manusia yang bijaksana untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan saya. Jika kamu tidak mampu berikan sebarang jawapan, katakanlah kepada saya dan saya akan pulang."

"Ada seseorang sedang berlari ke sini" kata si pertapa. "Mari kita lihat siapakah dia." Raja tersebut memusingkan badannya dan nampak seorang lelaki berjanggut sedang datang berlari dari arah hutan. Lelaki tersebut memegang perutnya dengan kedua-dua belah tangannya dan terdapat darah yang mengalir di celah-celahnya. Apabila dia sampai, dia rebah di atas tanah sambil mengerang lemah. Raja dan si pertapa tersebut membuka baju lelaki itu dan mendapati terdapat luka yang besar di perutnya. Raja tersebut mencuci luka itu sebaik mungkin dan membalutnya dengan sapu tangannya dan tuala milik si pertapa. Tetapi darah masih tidak berhenti mengalir keluar dan raja tersebut berulang kali membasuh dan membalut semula luka lelaki itu. Akhirnya darah lelaki tersebut berhenti mengalir. Lelaki tersebut mula sedarkan diri dan meminta air untuk minum. Raja tersebut membawa air segar dan memberikannya kepada lelaki itu.

Dalam pada itu, matahari pun terbenam dan hari menjadi sejuk. Raja tersebut dengan bantuan si pertapa membawa lelaki itu ke dalam pondok dan membaringkannya di atas katil. Ketika lelaki itu berbaring, dia diam dan menutup kedua belah matanya. Raja tersebut pula yang berasa letih akibat perjalanan yang ditempuhinya dan juga kerja-kerja mencangkul yang dilakukannya turut tertidur dengan begitu nyenyak sekali sepanjang malam musim panas yang pendek itu. Apabila dia tersedar keesokan paginya, dia memerlukan beberapa ketika untuk menyedari di manakah dia berada ketika itu dan siapakah lelaki pelik berjanggut yang sedang berbaring di atas katil sambil merenung kearahnya dengan matanya yang bersinar.

"Maafkan saya!" kata lelaki berjanggut itu dengan suara yang lemah selepas dia melihat raja tersebut tersedar dan memandang ke arahnya.

"Saya tak kenal siapa kamu, dan tiada apa yang saya perlu maafkan," kata raja tersebut. "Kamu tak kenal siapa saya, tetapi saya kenal siap kamu. Saya adalah musuh kamu yang bersumpah untuk membalas dendam terhadap kamu kerana kamu telah menghukum bunuh abang saya dan merampas hartanya. Saya tahu kamu datang bersendirian untuk menemui si pertapa dan saya telah merancang untuk membunuh kamu ketika kamu pulang. Tetapi selepas beberapa hari kamu masih tidak pulang. Jadi saya keluar dari tempat persembunyian saya untuk mencari kamu dan saya telah terserempak dengan pengawal kamu dan mereka mengenali saya dan telah mencederakan saya. Saya berjaya melepaskan diri dan sepatutnya saya sudah mati jika tidak kerana kamu merawat luka saya. Sekarang, jika saya masih terus hidup, saya berhasrat untuk menjadi hamba kamu yang paling setia dan akan menyuruh anak saya melakukan perkara yang sama. Maafkan saya!" 

Raja tersebut berasa sangat bersyukur kerana dia bukan saja dapat berdamai dengan musuhnya dengan begitu mudah sekali, malah juga dapat menjadikan musuhnya sebagai kawan. Selepas itu, raja tersebut bukan sahaja memaafkan musuhnya, malah turut menyatakan bahawa dia akan menghantar orang-orang suruhannya dan juga tabib peribadinya untuk merawat lelaki tersebut dan berjanji akan memulangkan kesemua harta yang dirampas.

Raja tersebut kemudian membiarkan lelaki tersebut berseorangan dan menuju keluar pondok untuk mencari si pertapa. Dia berhasrat untuk bertanyakan soalan sekali lagi sebelum dia pulang. Si pertapa tersebut sedang melutut di atas tanah sambil meyemai benih diatas batas yang digali sehari sebelum itu.

Raja tersebut menghampirinya dan berkata:

"Untuk kali terakhir, saya memohon kepada kamu untuk menjawab soalan-soalan saya wahai manusia yang bijaksana."

"Soalan-soalan kamu telahpun dijawab!" kata si pertapa tersebut sambil melutut dengan kakinya yang kurus itu dan memandang raja tersebut yang sedang berdiri di hadapannya. 

"Bagaimana? Apa maksud kamu?" tanya raja tersebut.

"Adakah kamu tak nampak?" jawab si pertapa. "Jika kamu tak berasa kasihan terhadap saya semalam, dan tidak menggali tanah untuk saya dan sebaliknya kembali semula ke tempat asal kamu, lelaki berjanggut tersebut pastinya akan menyerang kamu dan kamu pasti akan menyesal kerana tidak terus bersama saya. Jadi masa paling penting adalah ketika kamu menggali batas dan saya adalah orang paling penting dan berbuat baik kepada saya adalah perkara paling penting bagi kamu. 

Selepas itu apabila lelaki berjanggut itu berlari ke arah kita, masa paling penting adalah ketika kamu merawatnya kerana jika kamu tidak membalut lukanya, pasti dia sudah mati tanpa dapat berdamai dengan kamu. Jadi dia adalah orang paling penting dan apa yang kamu lakukan untuk dia adalah perkara paling penting untuk kamu. 

Ingatlah, hanya ada satu masa penting - Sekarang! 

Sekarang adalah masa paling penting kerana ini adalah masa kita mempunyai daya upaya untuk melakukan sesuatu. Orang paling penting adalah orang yang sedang bersama dengan kita kerana tiada siapa tahu samada kita akan mempunyai peluang untuk bertemu dengan orang lain dan perkara paling penting adalah untuk berbuat baik kepadanya kerana itulah satu-satunya sebab kenapa manusia hidup di dunia ini!"

***
Ini merupakan terjemahan bahasa Melayu cerita pendek bertajuk "Three Questions" tulisan Leo Tolstoy. Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh L. dan A. Maude.

Sumber gambar: Wikimedia Commons

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: TIGA SOALAN
TIGA SOALAN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQaSRyVN6o0zb2py4djBxYRZURxH5kjQ_SJK1NOq-XMP0jmjnwfBjXWow-z1IgoYpcVc3EX9fdybeQpEj5aCIQvh-9t85K6mFlbhY1piVrWsErHmNlW-Bzs2h6XU3mHJufisdYuEGQI2cg/s1600/Tolstoy_ploughing.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQaSRyVN6o0zb2py4djBxYRZURxH5kjQ_SJK1NOq-XMP0jmjnwfBjXWow-z1IgoYpcVc3EX9fdybeQpEj5aCIQvh-9t85K6mFlbhY1piVrWsErHmNlW-Bzs2h6XU3mHJufisdYuEGQI2cg/s72-c/Tolstoy_ploughing.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/12/tiga-soalan.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/12/tiga-soalan.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin