Seekor gajah hilang secara misteri. Seekor katak raksasa menunggu anda di rumah anda. Kucing anda hilang secara misteri. Terdapat dua bulan kelihatan di langit. Isteri anda hilang secara misteri. Seorang lelaki datang bertanya kepada anda tentang kambing, atau seorang perempuan menalifon anda dan meminta anda meluangkan masa selama sepuluh minit.
Anda mungkin seorang protagonis di dalam novel atau cerpen tulisan penulis tersohor Jepun, Haruki Murakami. Jika anda memiliki ciri-ciri di bawah, anda mungkin sebenarnya watak di dalam novel atau cerpen tulisan Murakami.
1. Anda hanya meminum kopi hitam pekat.
2. Anda merupakan peminat tegar muzik jazz lama
3. Anda lebih menyukai hubungan intim yang tidak memiliki sebarang emosi dengan orang yang tidak anda kenali. Jika anda menceritakan hubungan intim anda kepada rakan anda, anda akan menggunakan bahasa yang abstrak tetapi anda tidak pernah berpeluang untuk berbuat sedemikian kerana anda tidak mempunyai rakan.
4. Anda teruja dengan gaya hidup yang mudah di tahun 1960an: kopi hitam, muzik jazz lama, hubungan intim tanpa emosi di tengahari. Tetapi jika anda memang sedang hidup di tahun 1960an, anda mungkin anda lebih suka hidup bersendirian.
5. Anda memiliki rakan yang mempunyai karekter yang begitu berbeza dengan anda. Anda adalah seorang yang pendiam manakala rakan anda adalah seorang yang begitu aktif dan ceria. Anda memang seorang sahabat yang baik walaupun anda dan rakan anda sering membandingkan diri anda berdua.
Untuk melihat senarai lengkap, anda boleh klik di pautan INI .
Nota: Ciri-ciri ini hanya terpakai kepada orang lelaki. Jika anda seorang perempuan, anda mungkin sudahpun hilang di dalam novel Murakami.
***
Sumber: The Toast
Sumber gambar: google image