Anda mungkin menghabiskan beberapa hari yang lalu memikirkan idea tentang azam tahun baru. Jika anda menyimpan azam tahun baru 2015 adalah untuk membaca lebih banyak buku, penulis dan seniman Austin Kleon mempunyai beberapa nasihat dan cadangan untuk anda tentang bagaimana untuk berpegang teguh kepada azam anda sehinga hujung tahun.
Antara nasihat dan cadangan Kleon:
- Sentiasa bawa buku ke mana saja anda pergi
- Sediakan buku baru untuk dibaca sebelum anda habis membaca sesebuah buku
- Jika anda membaca sesebuah buku dan rasa tidak seronok, berhenti membaca buku tersebut
Antara nasihat dan cadangan Kleon:
- Sentiasa bawa buku ke mana saja anda pergi
- Sediakan buku baru untuk dibaca sebelum anda habis membaca sesebuah buku
- Jika anda membaca sesebuah buku dan rasa tidak seronok, berhenti membaca buku tersebut
Ketika bekerja sebagai perpustakawan di Cleveland, Ohio; Kleon menemui buku tulisan Nancy Pearl bertajuk Rule of 50. Secara asasnya buku ini menyatakan anda perlu membaca sesebuah buku sekurang-kurangnya 50 mukasurat.
"Aktiviti membaca buku secara dasarnya adalah tentang masa dan tempat yang betul" kata Kleon dalam salah satu e-melnya kepada Vox. "Kamu perlu berasa selesa untuk mengabaikan bahagian-bahagian tertentu di dalam sesebuah buku dan membacanya pada masa yang lain."
Buku terakhir yang tidak habis dibaca oleh Kleon adalah jilid pertama buku tulisan Karl Ove Knausgaard bertajuk My Struggle. Menurut Kleon, beliau pada awalnya teruja membaca buku ini tetapi kemudiannya berasa begitu sukar untuk membacanya.
Pada tahun 2014, Kleon membaca lebih 70 buah buku yang merupakan satu rekod peribadi bagi dirinya. Walaupun mempunyai anak kecil, Kleon menyatakan masa bukanlah isu utama. Perkara paling sukar kata Kleon adalah membuat senarai buku untuk memastikan beliau mempunyai buku yang sesuai untuk di baca seterusnya selepas beliau habis membaca sesebuah buku.
Jadi, apa azam tahun baru 2015 beliau?
"Sama seperti semua orang, kata Kleon iaitu "untuk tidak makan terlalu banyak."
***
Sumber: Vox
Sumber gambar: google image