Walaupun mungkin agak sukar untuk mengatakan bahawa Hollywood telah kekeringan idea untuk menghasilkan filem, tetapi tahun 2014 bukanlah satu tahun yang memberasangkan untuk Hollywood. Sepuluh filem paling laris yang dihasilkan di Hollywood pada tahun lepas diinspirasikan dari karya-karya sedia ada seperti novel, komik dan ada juga yang terinspirasi daripada permainan kanak-kanak.
Malah anda terpaksa pergi sehingga ke filem yang menduduki tempat ke 15 (Interstellar) untuk mencari filem yang merupakan karya asli dan bukannya sekuel, adaptasi, pembikinan semula atau imaginasi semula dari cerita yang pernah disampaikan. Mungkin filem LEGO boleh dikira sebagai karya asli tetapi filem ini masih berdasarkan bahan yang telah sedia ada.
Walaupun kebanyakan filem telah lama bergantung kepada sastera untuk mencapai kejayaan seluloid mereka (Gone With The Wind, The Godfather, The Wizard of Oz dan sebagainya), hubungan diantara sastera dan filem sebenarnya lebih bersifat simbiotik berbanding parasitik. Buktinya, senarai buku paling laris pada tahun 2014 kelihatan seperti papan kenyataan di panggung wayang. Menurut Nielsen BookScan, kesemua 10 buku paling laris pada tahun lepas turut mempunyai hubungkait dengan filem dan juga televisyen. Sebagai permulaan, tiga buku paling laris adalah buku yang sama. Ketiga-tiga buku ini adalah buku tulisan John Green bertajuk The Fault In Our Stars dalam tiga edisi berbeza. Selain dari edisi kulit keras asal tahun 2012 dan edisi kulit lembut asal tahun 2014, edisi kulit lembut kedua telah diterbitkan sempena adaptasi filem novel ini yang dibintangi oleh Shailane Woodley dan filem ini mengaut keuntungan sebanyak 124 Juta Dollar untuk syarikat perfileman Fox (ia menduduki tangga ke 23 filem paling laris pada tahun 2014).
Tiga lagi buku terlaris adalah novel trilogi Divergant yang diterbitkan pada tahun 2011-2013. Adaptasi filemnya dihasilkan pada tahun ini yang merupakan filem pertama dari empat filem yang dirancang. Sudah tentunya peminat filem ini akan membeli keseluruhan trilogi novel ini sementara menanti filem yang lainnya. Buku di tempat ke tujuh pula adalah novel Gone Girl yang merupakan buku yang sangat laris sebelum ianya diadaptasi ke bentuk filem. Buku seterusnya adalah novel The Long Haul yang merupakan novel dari siri Diary of Wimpy Kid yang masih laris walaupun tiada lagi adaptasi novel ini ke dalam bentuk filem.
Mungkin satu-satunya kebaikan hubungan baik diantara filem dan buku dalam menolong satu sama lain adalah inspirasi dari kehidupan sebenar. Adaptasi filem kisah benar Louis Zamperini yang tersimpan berdekad lamanya hanya berhasil diterbitkan selepas kisah benar ini dibukukan dan ia menjadi antara buku non-fiksyen yang sangat laris dan adaptasi filemya turut mempopularkan semula buku ini. Filem mungkin mendapat idea terbaik mereka daripada buku tetapi filem turut menjalankan fungsinya sebagai papan iklan untuk buku. Sebagai contoh, filem The Fault In Our Stars menjadi begitu popular sehingga ia membuatkan novel pertama John Green bertajuk Looking For Alaska turut popular dan menjadi novel yang sangat laris walaupun ia diterbitkan 9 tahun yang lalu dan belum pernah diadaptasi ke dalam bentuk filem.
***
Sumber: The Atlantic