Reinier Gerritsen merasakan bahawa buku tidak akan kekal lama. Itulah yang anda akan nampak apabila anda melihat pameran foto terbarunya berjudul "The Last Book" yang sedang diadakan di Julie Saul Gallery, New York sehingga 7hb Februari ini.
Pameran ini merupakan koleksi foto yang diambil oleh Gerritsen ketiak dia merayau-rayau menaiki keretapi bawah tanah (subway) di New York selama beberapa minggu. Sepanjang beliau berada di dalam keretapi bawah tanah ini, beliau akan mengeluarkan kamera dan mengambil foto sesiapa sahaja yang dilihatnya sedang membaca buku fizikal. Gerritsen tidak pernah meminta kebenaran untuk mengambil foto. Walaupun ia mungkin boleh mendatangkan kejadian yang tidak diingini, Gerritsen tidak pernah berhadapan sebarang masalah. "Mungkin kerana saya orang tua, jadi mereka tidak berapa kisah" kata Gerritsen yang sudahpun berumur 60 tahun.
Berikut adalah antara beberapa koleksi foto yang diambil oleh Gerritsen.
***
Sumber: Slate