Jika sebelum ini selebriti terkenal Oprah begitu terkenal dengan kelab bukunya, kini pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengikut jejak langkah yang lebih kurang serupa. Beberapa hari lalu, Zuckerberg telah mewujudkan satu laman kelab buku di Facebook yang diberi nama A Year of Books dan beliau menjemput 30 juta pengikutnya di Facebook untuk menyertai kelab bukunya.
Setakat ini, lebih kurang 130,000 orang telah menyertai kelab bukunya dan dijangka jumlah pengikutnya akan bertambah lebih banyak selepas ini. Mengikut satu catatan yang dibuat oleh Zuckerberg, kelab bukunya ini memilih buku The End of Power tulisan Moises Naim sebagai buku pertama untuk dibincangkan.
***
Sumber: Time