Baru-baru ini, American University in Beirut (AUB) telah memperkenalkan program akademik terbaru mereka yang menumpukan kepada pengajian, pengarkiban dan promosi seni komik Arab. Kini mereka tampil pula dengan panduan perpustakaan atas talian yang membolehkan sesiapa sahaja mengakses koleksi-koleksi komik yang dimuat naik.
Panduan ini merupakan titik mula untuk mendapatkan informasi tentang komik, novel grafik dan majalah komik di negara-negara Arab. Panduan ini juga turut mengandungi informasi tentang aspek sejarah komik, buku komik, novel grafik dan juga teknik melukis komik.
Panduan perpustakaan atas talian tersebut boleh diakses di SINI .
***
Sumber: Arablit