Beberapa individu yang terlibat dalam bidang penerbitan buku pada tahun 1989 masih boleh mengingati detik-detik menakutkan apabila Ayatollah Khomeini mengeluarkan satu fatwa bunuh terhadap Salman Rushdie kerana menulis novel The Satanic Verses. Kedai-kedai buku yang tetap berkeras untuk terus menjual novel tersebut menerima pelbagai ancaman. Akibatnya beberapa kedai buku menjadi sasaran bom api.
Fern Jaffe yang merupakan pemilik kedai buku Paperbacks Plus di New York menulis: "pada bulan Februari 1989, editorial penerbitan suratkhabar di kawasan saya menulis tentang kedai buku komuniti Paperback Plus yang terus menjual novel The Satanic Verses sebelum dan selepas novel ini dikeluarkan dari rak buku. Editorial tersebut diterbitkan pada hari rabu, mungkin pada tarikh 25 Februari dan keesokan harinya (sekitar pukul 3:00 pagi), syarikat suratkhabar tersebut telah diserang dengan bom api. Hidup saya berubah serta merta ketika itu. Saya menukar nombor talifon saya kerana saya menerima terlalu banyak panggilan talifon yang menakutkan. Pihak FBI terpaksa memerhatikan kereta saya. Bungkusan-bungkusan yang saya terima diperiksa untuk memastikan ianya tidak mengandungi bom. Saya juga diminta berhati-hati dengan serangan asid terhadap muka saya. Beberapa tahun kemudian, saya telah dijemput oleh Random House untuk bertemu Salman Rushdie di mana acara tersebut merupakan penampilan umum Salman Rushdie yang pertama (selepas penerbitan The Satanic Verses). Apabila saya memberitahu beliau bahawa saya merupakan penjual buku dari Paperback Plus, beliau bangun dari kerusinya dan memeluk saya. Saya merupakan seorang penjual buku ketika itu dan walaupun saya telah bersara, saya masih berasa seperti seorang penjual buku."
Mary McCarthy pula yang bertugas sebagai wakil suruhanjaya Abraham-Welch masih mengingati suasana ketika acara Ekspo Buku Amerika pada tahun 1989: Random House telah mendaftarkan kesemua wakil dari Penguin di hotel sebagai wakil dari Random House. Peter Mayer dari Penguin ketika itu menerima ancaman yang agak serius dan beliau merupakan seorang yang berani. Salah seorang penterjemah (Hitoshi Igarashi dari Jepun) telah di bunuh. Jadi keadaan ketika itu memang betul-betul gila.
Seorang pengawal keselamtan datang berjumpa saya dan bertanya kenapa ramai orang-orang pelik datang berjumpa dengannya dan mahu mengusap anjing pengawalnya dan kenapa mereka semua memanggil anjing tersebut dengan nama Carl? Saya membawanya ke gerai Green Tiger dan menerangkan kepada beliau tentang Good Dog Carl.
Beberapa penjual buku dan penerbit juga terpaksa mengiringi beberapa pelakon yang memakai pakaian yang agak gila ketika melalui pintu pemeriksaan keselamatan. Pengawal keselamatan tidak memahami bahawa orang-orang dari Bridge Publications/Scientology sentiasa memakai pakaian seperti askar yang membawa bom tangan, penduduk asli Amerika yang membawa pisau dan koboi yang membawa senapang (kesemuanya senjata palsu) dan mereka sebenarnya bukanlah pengganas.
Saya masih ingat yang saya hanya ketawa mendengar ancaman-ancaman yang diterima, tetapi pada masa yang sama saya juga masih ingat bagaimana saya berasa begitu risau kerana berdiri di gerai Penguin terlalu lama."
***
Sumber: Shelf Awareness