Pereka muka depan buku Peter Mendelsund pernah menyatakan terdapat dua tugas utama yang perlu dilakukan oleh muka depan buku. Ia perlu mewakili teks didalam buku dan ia perlu menjual buku tersebut. Dalam erti kata lain, ia adalah seperti judul buku yang dipilih oleh si penulis. Ia perlu bercakap tentang sesuatu yang lebih besar iaitu tentang buku itu sendiri. Ia juga perlu nampak menarik untuk menarik minat orang untuk melihat buku tersebut dan mungkin membelinya.
Baru-baru ini, Nicholas Blechman dari The New York Times telah tampil dengan senarai muka depan buku terbaik sepanjang tahun 2014 pilihan beliau. Seperti yang dinyatakan oleh Blechman, peranan rekaan muka depan buku untuk menarik minat pembaca dalam zaman di mana buku ditemui melalui saluran media sosial atau internet semakin lama semakin menipis. Namun itu tidak bermakna kepentingan rekaan muka depan buku dilupakan begitu sahaja. Berikut adalah antara beberapa rekaan muka depan buku pilihan Blechman.
Colorless Tsukuru Tazaki And His Years of Pilgrimage rekaan Chip Kidd
Silence Once Begun rekaan Peter Mendelsund
Your Face In Mine rekaan Oliver Munday
A Girl Is A Half-Formed rekaan W.H. Chong
Can't And Won't rekaan Charlotte Strick
***
Sumber: The New York Times